Siling kafeteria Kompleks Mahkamah Jalan Duta roboh
KUALA LUMPUR: Sebahagian siling kafeteria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini runtuh dipercayai akibat saluran paip air di atasnya pecah sehingga premis itu dibanjiri air, pagi ini.
Beberapa kakitangan mahkamah dan orang ramai yang sedang bersarapan di situ nyaris cedera ketika kejadian jam 7.30 pagi itu.
Seorang saksi kejadian berkata, sebilangan lampu di kafeteria itu terpadam sebelum disusuli runtuhan siling dan limpahan air yang membanjiri premis itu.
Difahamkan, kebocoran saluran paip air itu berlaku semalam tetapi sudah dibaiki kontraktor pada 5 pagi tadi.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment