APA kes sampai tiba-tiba Kerajaan Barisan Nasional rasa bersalah menggunakan sistem pelajaran selama ini dan dapat idea untuk cadangkan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR?
Kalau nak hapuskan beri sebab dengan kertaskerja sekali bukan merapu cakap kepada wartawan? Jelaskan samada BN SELAM INI TELAH GAGAL DALAM SISTEM PENDIDIKAN& SISTEM PELAJARAN YANG DIBANGGAKAN SELAMA INI ? ATAU ADA SISTEM YANG LEBIH BAIK ?
Bentangkan cadangan dengan butiran lanjut bukan sebab nak buat projek. Kalau begini projek UMNO iaitu projek SCORE pun hancur.
Rupanya ramai UMNO/BN mengaku Sistem pendidikan negara setakat ini sangat berteraskan kepada kemahiran menjawap peperiksaan dan untuk lulus, bukan untuk mendalami dan menguasai ilmu. Baru sedar rupanyer.
Dari satu sudut, ia mungkin benar, kerana sistem yang wujud sekarang, ibu-bapa seolah-olah menjadi gila untuk memastikan anak lulus cemerlang, secemerlang yang boleh, lagi banyak A lagi bagus. Tapi tak salah bagi ibu-bapa untuk membuat begitu, kalau anak tak dapat banyak A, peluang untuk pergi lebih jauh susah pula.
Cuti penggal pun dipenuhi dengan kelas-kelas tambahan. Walaupun cuti penggal seharusnya adalah waktu cuti untuk pelajar sekolah membuat aktiviti lain diluar sekolah dan bersama keluarga tetapi kalau tak buat nanti sekolah jatuh taraf, tak dapat lagi jadi sekolah bestari, berprestasi tinggi dsb.
Ada baiknya jikalau diteruskan UPSR dan PMR yang sepatutnya dimansuhkan ialah soalan-soalan berbentuk Objektif, buat semua soalan dalam bentuk subjektif. Ini akan menggalakkan budaya fikir dikalangan pelajar sekolah. Kalau sukan dipinggirkan selama ini, apa salahnya kalau sukan dan kokurikulum juga dimasukkan dalam UPSR dan PMR? Dan kerajaan juga hendaklah menetapkan satu markah lulus yg tetap, tak boleh di'lencong' maka daripada pelajar digredkan mengikut A,B,C dan E, gredkan sahaja mengikut peratusan yang mereka perolehi.
Penilaian amatlah penting bagi mengukur pencapaian para pelajar dar semasa ke semasa. Sekiranya tiada penilaian berkala, maka para pelajar akan hilang semangat untuk belajar dan para guru juga tiada motivasi untuk mengajar. Masalah juga akan timbul dari segi pemilihan pelajar ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Penilaian pencapaian akademik pelajar melealui peperiksaan awam tersebut perlu diteruskan. Cuma pengisian subjek itu perlu diperbaiki kalau perlu perkuatkan lagi pembelajaran.
Ada pihak yang bersetuju dan ada pihak yang membantah. Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri seharusnya melihat kepada sejarah lalu yang melibatkan sistem pendidikan negara.
Jangan jadikan pelajar, guru, sekolah dan sistem pendidikan negara sebagai "makmal ujikaji" sehingga akhirnya merugikan negara dan menjurus kepada pembaziran yang ketara.
Sistem dan dasar pendidikan negara sering berubah seolah lebih kepada kehendak dan cita rasa menteri yang mengepali Kementeri Pelajaran sedangkan sebelum ini berbagai "ujian" dilakukan yang akhirnya ada yang berbengkalai.
Kementerian Pelajaran seharusnya mengkaji dengan mendalam dan menteri tidak terlalu ghairah untuk mencuba cara yang baru.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment