Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 24, 2010

BILA PEMUDA UMNO MELUAT VETERAN DALAM PENTADBIRAN


Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya yang menjalankan Mesyuarat Perwakilan Tahunan 2010 malam tadi sebulat suara bersetuju untuk mencadangkan agar Perdana Menteri tidak menyambung kontrak Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Ini adalah berikutan sikap KSN ini yang tidak prihatin dengan masalah rakyat, menyusahkan mereka dan meningkatkan bebanan hidup mereka dalam beberapa tindakannya.

Pada hujung tahun lepas beberapa NGO yang diwakili oleh golongan Muda Putrajaya di bawah Gerakan Pemuda Prihatin (GEMPUR) menyelar tindakannya mewujudkan sistem parkir berbayar yang membebankan penduduk Putrajaya. Baru-baru ini KSN juga telah memaksa pembayaran saman ekor yang dikatakan tidak mempunyai asas perundangan dan telah
menyebabkan rakyat terbeban.

KSN ini juga dikatakan tidak `perform' di sepanjang tempoh RMKe-9 mengakibatkan sejumlah program dan projek tidak dilaksanakan tepat pada masanya sehingga kesannya tidak dirasainya rakyat dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Dia juga dikaitkan dengan isu bonus penjawat awam pada tahun 2008, selain terlalu lama memegang jawatan sehingga ramai pegawai kerajaan yang merasa meluat dengannya.

Mungkin Sidek wajar mengundur diri dan Perdana Menteri perlu berfikir panjang untuk mengekalkan KSN yang tidak `perform' ini. Pandangan rakyat adalah, pertama, jika dikekalkan, tindakannya akan terus menyusahkan rakyat. Keduanya, membiarkan dia lebih lama di situ akan menyebabkan penjawat awam kehilangan minat untuk menyokong kerajaan. Ketiganya, seperti RMKe-9, pelaksanaan RMKe-10 juga mungkin akan mengalami nasib yang sama.

Mesyuarat perwakilan itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pergerakan pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa bukan beliau tidak mahu menyerang Anwar Ibrahim, tetapi jika, beliau menyerang nanti, yang akan malu adalah isteri Anwar, iaitu Wan Azizah. Razali juga menekankan keperluan Pemuda UMNO Putrajaya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

No comments: