Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 24, 2010

BEZA PELABUHAN MALAYSIA DENGAN PELABUHAN SWEDEN


Perbezaannya Kerajaan Sweden terus boikot kemasukan kapal kargo Israel walaupun Kerajaan mereka bukan Kerajaan Islam macam Malaysia. Kabinet Malaysia mengutuk Israel berkenaan bantuan Gaza tetapi tiada tindakan kepada kapal-kapal dagang di Pelabuhan Klang.
STOCKHOLM: Pekerja pelabuhan di Sweden mula memulaukan kapal dan kargo Israel selama seminggu semalam sebagai protes terhadap serangan komando negara Yahudi itu ke atas konvoi kapal bantuan antarabangsa yang menuju ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan bulan lalu.

Kira-kira 1,500 anggota Kesatuan Pekerja Pelabuhan Sweden memulakan boikot itu di semua pelabuhan di Sweden semalam sehingga 29 Jun ini.

“Walaupun barangan Israel tiba dengan lori untuk dipunggah ke atas kapal, pekerja pelabuhan tidak akan mengusiknya,” kata ketua perunding kesatuan itu, Per Helgesson.

Kesatuan itu menyokong konvoi bantuan antarabangsa berkenaan dan menuntut Tel Aviv supaya menhttp://www.blogger.com/img/blank.gifamatkan sekatannya sejak lebih tiga tahun terhadap wilayah Palestin.

Beberapa orang aktivis Sweden turut serta dalam konvoi kapal banhttp://www.blogger.com/img/blank.giftuan yang diserang tentera Israel 31 Mei lalu. – AP

No comments: