Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 23, 2010

BELANJA POLIS SAJA RM55,000,000

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan mereka dalam 11 pilihanraya kecil sejak 2008. PAS menganggarkan bahawa PDRM telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 55 juta bagi 11 pilihanraya itu.

Tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM 31 juta untuk 5 pilihanraya (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau). Itu baru 5 pilihanraya kecil. Bagi baki 6 Pilihanraya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM
5 juta setiap tempat.

Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) iaitu sebanyak RM6,451,285 sahaja.

Jumlah yang digunakan SPRM sama banyak dengan jumlah yang digunakan oleh PDRM bagi satu kawasan pilihanraya. Ini menunjukan PDRM belanja 11 kali ganda lebih banyak dari SPR yang menganjurkan pilihanraya.

PAS berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan yang dibuat oleh PDRM kerana ini melibatkan wang rakyat. Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tampil menyiasat perkara ini.

Bagi PAS, jumlah lebih RM 55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru Polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas menjada Pilihanraya.

PAS tidak menafikan bahawa wujud keperluan untuk wang rakyat digunakan bagi mengawal keselamatan, namun jumlah perlulah releven. Penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan pembaziran harus dielakan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

1 comment:

Anonymous said...

Pembaziran yang diluluskan oleh Kerajaan BN kepada polis memang teruk.Bukan sekadar pembaziran pada pilihanraya saja,cuba lihat dan kaji pembaziran yang lain.Beli kapal terbang polis tak cukup pilot,beli helikopter pun tak cukup pilot - tapi saban tahun minta peruntukan beli kapal terbang dan heli.Lihat dekat markas Kereta Peronda,begitu banyak kereta Waja Baru-baru yang tersadai,tidak digunakan,kerana jumlah kereta berlebihan dibandingkan dengan jumlah anggota.Semua ini sudah ditegur dan dilaporkan dalam laporan Juru Odit Negara.Mentang-mentang menggunakan alasan Keselamatan Negara,pembaziran polis langsung tidak disiasat.
Sudah 11 kali diadakan pilihanraya kecil,mana ada rusuhan? Perkhemahan polis warna putih kelihatan macam laut,berhawa dingin pulak tu.Kehadiran polislah yang buat kesesakan lalu-lintas di11 pilihanraya kecil tu.Inilah kebijaksanaan pentadbiran UMNO/BN.Macam mana negara tak bankrup?