Apake jadahnya bila berlaku bukan satu Malaysia di stesen-stesen tv milik Media Prima dan RTM sehingga penerbit letak jawatan dan penerbit kecewa rancangan terbitannya dipaksa tarik balik, semuanya kerana pilihan raya kecil. Ramai yang juga kecewa dan sedih dengan sikap sikap 'sahabat' di Media Prima yang hanya menjemput calon BN untuk diwawancara dalam rancangan Soal Jawab (TV3) semasa tempoh berkempen pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kenapa hanya calon BN dan tidak calon PKR? Apa dah jadi dengan etika kewartawan yang dipelajari dan sepatutnya dipegang dan diamalkan? Ke mana dicampaknya sikap adil dan saksama dan tidak memihak?
Kenapa tiba-tiba Yayasan Aset Bumiputera ujud kononnya nak bantu orang Melayu ? tak cukupkah yang ada ?
Malunya bila Pulau Pinang yang telah mempunyai "badan" atau "entiti" yang paling banyak semata-mata untuk membantu orang Melayu/Bumiputera yang sejak zaman pemerintahan Parti Perikatan, kemudian Gerakan, kemudian Kerajaan Campuran Gerakan-UMNO, kemudian Barisan Nasional dan sekarang Pakatan Rakyat, masih dikatakan "terpinggir"?
Masih ingatkah kita antara agensi yang ditubuh khusus untuk membantu orang Melayu Pulau Pinang adalah PERDA (Penang Regional Development Authority), Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera, Yayasan Bumiputera Pulau Pinang (kedua-duanya di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan yang terbaru Yayasan Aset Bumiputera. Selain itu, ada agensi nasional seperti MARA, UDA, TEKUN, Pejabat Pembangunan Negeri (bawah JPM), dan Unit Perancang Ekonomi.
Kerajaan Persekutuan boleh tubuh seberapa banyak agensi untuk membantu orang Melayu dan kita akan terus mendengar sungutan dan rungutan yang kononnya orang Melayu "terpinggir". Nampaknya, nasib orang Melayu Pulau Pinang sudah ditakdirkan akan terus "terpinggir", begitulah agaknya.
Pulau Pinang telah dan baru menyumbang seorang tokoh Perdana Menteri, seorang lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan kini seorang menteri anak Pulau Pinang yang ditugaskan ke atas perancangan dan pembangunan ekonomi, tetapi kita masih dihujani dengan kata-kata "terpinggir"
Jika orang Melayu Pulau Pinang mendakwa mereka "terpinggir" sebegitu lama, saya saran agar mereka pergi melihat rumah pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ketua-ketua bahagian dan mantan ketua bahagian UMNO, lihat kereta apa yang mereka miliki dan lihat akan kesenangan hidup kroni-kroni mereka. Adakah mereka "terpinggir"?
Tak guna kerajaan tubuh yayasan atau badan khas untuk membantu orang Melayu sekiranya pelaksanaan dan pengagihan sama ada projek atau tender tidak dibuat secara adil, telus, tulus dan ikhlas.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment