Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, May 15, 2010

RUMAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI

Calon BN, P Kamalanathan, 44, mendapat 24,997 undi manakala calon Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 untuk membolehkan BN menang dengan kelebihan 1,725 undi SAHAJA dengan modal lebih RM60juta?.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor kemunkinan rekod yang termahal dan hebat bagi kedua-dua pihak berbanding dengan kehebatan di Permatang Pauh. Ianya hebat kerana modal wang dan orang dan pemimpin hebat dan amat berharga, terutama kepada BN di bawah kepimpinan DS Najib Tun Razak.

Kemenangan BN dilihat oleh kalangan pemimpin dan penyokong parti kununnya sebagai tanda pemulihan sokongan kepada gabungan parti yang memerintah di peringkat Persekutuan dan turunnya sokongan kepada parti yang berkuasa di negeri Selangor. Itu pendapat mereka yang menang kerana mereka bekerja keras untuk menang.

Begitu ramai 'orang besar' dari kedua-dua pihak turun padang dengan senyuman manis dan begitu mesra melayani rakyat marhain semata-mata untuk meraih sokongan dan undi. Nama-nama besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, DS Najib, TS Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Nik Aziz, DS Anwar Ibrahim, TS Khalid Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hassan Ali berada di kampung-kampung tradisional dan kampung baru serta ladang kelapa sawit untuk bertemu rakyat.

Di sesetengah tempat, suasana seolah-olah satu pesta keramaian dengan bermacam acara dan pertandingan diadakan termasuk acara teh tarik dan nasi lemak yang dianjurkan oleh sebuah kementerian. Pusat Latihan Bomba pun tidak terlepas daripada dijadikan medan berkempen 'secara tidak langsung' selain begitu ramai petugas TEKUN yang begitu pemurah berada di sana.

Bagi teman, kemenangan BN tidak boleh dilihat sepenuhnya sebagai pengembalian sokongan rakyat kepada BN atau berkurangnya sokongan kepada PR.

Kemenangan calon BN yang diwakili oleh MIC menang kerana sokongan orang Melayu sedangkan undi sejumlah besar orang Cina memihak kepada calon PKR sama seperti di kawasan-kawasan undi berbilang bangsa.

BN ternyata dominan (Itupun guna ugutan dan suaan wang ringgit) di penempatan-penempatan Felda dan kampung-kampung tradisional serta perkampongan orang asli manakala PKR di kawasan majoriti pengundi Cina seperti kampung-kampung baru di Kuala Kubu Baru, Batang Kali, Rasa dan Kerling dan kawasan-kawasan berbilang bangsa seperti bandar KKB.

Corak pengundian sebenarnya menyimpang daripada konsep 1Malaysia. Kenyataan ini mungkin tidak dapat diterima oleh pihak BN tetapi mereka mesti mengkaji dan menghalusinya.Memang slogan 1Malaysia tidak terlaksana di sini.

Sokongan kepada PR melalui PKR tidak boleh dipandang ringan kerana 23,272 undi bukan satu jumlah yang kecil walaupun BN menang dengan kelebihan 1,725 undi. Ini pilihan raya kecil di mana BN mampu memberi tumpuan 100 peratus dan hampir semua pemimpin besar turun padang. Mampukah BN berbuat demikian apabila menghadapi pilihan raya umum?
BN juga perlu ingat target TS Muhyiddin mahukan BN menang dengan kelebihan 6,000 undi telah GAGAL.

Hulu Selangor juga membuktikan bahawa MCA masih lemah dan gagal mendapatkan sokongan pengundi Cina. Kegagalan MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pasti akan menjejas kedudukan BN pada PRU akan datang lebih-lebih lagi Presiden MCA hilang taring kerana BN mungkin tidak melantik beliau sebagai menteri kabinet disebabkan semua dah tahu. Gerakan pimpinan TS Koh Tsu Khoon juga gagal mendapat sokongan pengundi Cina.

Yang jelas, kemenangan BN di Hulu Selangor adalah atas sokongan kuat pengundi Melayu manakala kekuatan PKR bertulang belakangkan sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya Cina. Sokongan pengundi India sukar ditentukan kerana tiada kawasan undi yang mempunyai majoriti pengundi India. Oleh itu, MIC tidak boleh mendabik dada menyatakan kononnya pengundi India kembali menyokong BN.

Kesimpulannya PRK P094 adalah kemenangan rakyat hasil kerja tangan Pakatan Rakyat yang ditunjangi akar umbi ahli PAS dan dibantu keras oleh ahli DAP dan PKR.

No comments: