
Sime Darby sama dengan Synergy Drive telah gagaltelah GAGAL
Tiba-tiba Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta Lembaga Pengarah Sime Darby untuk bercuti ekoran kerugian syarikat berkenaan yang melebihi RM1.63 billion atau RM1,630,000,000.
Jumlah kerugian itu adalah satu jumlah yang amat banyak serta terlalu besar jika dibandingkan dengan ekonomi negara kita yang kecil ini. kesannya boleh dirasakan di peringkat syarikat seterusnya ke peringkat negara.
Ramai orang malah rakyat Malaysia tertanya-tanya kemungkinan kerugian ini ada kaitan dengan kegagalan idea untuk menggabungkan tiga (3) konglomerat besar negara iaitu Sime Darby + Golden Hope + Guthrie yang melihat Golden Hope dan Guthrie "ditelan" oleh ular lidi Sime Darby atas alasan penggabungan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri atau ada sabotaj serta ada yang untung dalam keadaan begini.
Rakyat menyeru agar saru siasatan menyeluruh perlu dibuat dan dilaporkan ke dalam media untuk menerangkan dan memuashati pelabur kenapa kerugian ini boleh berlaku. Adakah sebab kegagalan pengurusan atau pun kerana pergabungan ketiga-tiga gergasi tersebut yang melahirkan sebuah syarikat berkaitan pertanian terbesar dunia sehingga ianya gagal diuruskan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment