Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 14, 2010
KESIANNYA PRESIDEN MCA BERIKRAR BILA TIADA PELUANG & RUANG & KWANG,KWANG,KWANG DLM KABINET
Soi Lek ikrar tak sertai Kabinet
Rasanya belum pernah Presiden MCA tiada jawatan dalam kabinet.Cuma pada Soi lek sahaja pasal kes moralnya.Soi Lek juga tidak dapat jawatan menteri semasa Timbalan Presiden MCA disebabkan kes itu juga.
Mei 14, 10 3:17pm
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencalonkan dirinya bagi jawatan menteri mahupun menduduki kerusi senator.
Tak Menjawab soalan pemberita selepas Persidangan Kemuncak Mahasiswa Kebangsaan di Putrajaya, Chua berkata beliau akan mengotakan kata-katanya sebelum ini, yang beliau tidak akan mecari jawatan kerajaan.
“Saya telah katakan sebelum ini dan saya akan kotakan janji saya. Saya tidak akan sertai Kabinet. Malah saya juga tak akan dicalonkan,” katanya.
Chua yang imejnya tercalar dengan skandal seks pada 2008 berkata beliau juga belum menyerahkan senarai calon MCA untuk mengisi jawatan dalam Kabinet kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk pertimbangannya.
Beliau juga mengulangi bahawa namanya juga tidak akan berada pada senarai berkenaan.
Pada sidang media itu, Chua juga berkata kepimpinan MCA yang baru bukan hanya memperjuangkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina bahkan turut mengambil berat semua isu melibatkan komuniti pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Katanya kepimpinan baru ini lebih fokus dan telus di samping berpegang kepada pendirian yang jelas dan nyata.
"Kita mengadakan lebih banyak dialog dan perjumpaan dengan pelbagai pihak dan persatuan, dengan harapan ia dapat menjelaskan isu-isu yang dihadapi, sekaligus membantu kerajaan menangani semua isu berkenaan.
"Kita nak membuktikan ini adalah kerajaan yang prihatin, bertanggungjawab dan mesra rakyat," katanya.
Chua berkata kepimpinan baru MCA ini akan memberi keutamaan kepada isu-isu semasa sebelum beralih kepada aspek ekonomi, sosial dan pendidikan.
"Apabila kita lebih fokus, kita akan lebih peka kepada segala isu yang ditimbulkan. Saya tidak kata sebelum ini kita tidak fokus tetapi kita kali ini kita akan lebih fokus kepada lebih banyak isu.
"Sebagai parti untuk masyarakat Cina, saya rasa kita perlu memberi perhatian terhadap semua isu sama ada kita suka ataupun tidak agar masyarakat tahu tentang pendirian kita," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment