Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 14, 2010
KALAU IKUT SIFIR SPR , SELAGI TAK MATI WAKIL RAKYAT MAKA TIADA PRK, ADA PRK ADA PERUNTUKAN SEKOLAH
Gobalakrishnan Nagapan, Ahli parlimen Padang Serai, hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih 8 tahun lalu pada Januari, 2002.
Mengikut unden-unden (gaya pelakon Ahmad Nisfu) sesiapa Wakil Rakyat yang sabit kesalahan yang melibatkan denda RM2,000 atau lebih bermakna hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan perlu adakan pilihanraya kecil.Cuma kebelakangan ini, SPR ada cara baru dimana selagi tak meninggal waki rakyat maka tiada PRK. Mahkamah pun tiada power yang ada kuasa ialah SPR .SPR yang akan menentukan boleh PRK atau tidak.
Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.
Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat, demikian lapor malaysiakini.
"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.
Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.
Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.
Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - MCA, Datuk Boey Chin Gan dengan majoriti sebanyak 11,738 undi. Beliau memperolehi 28,774 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,036 undi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment