Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, May 15, 2010

KEHADIRAN PENGUNDI MUDA PENENTU KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT P212 PADA 16 MEI

Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 Mei akan dipengaruhi sebahagian besar dengan peratusan golongan muda yang bakal keluar mengundi.

Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia,Abu Hassan menolak kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kononnya kejayan BN merampas Hulu Selangor sebagai bukti yang melambangkan golongan muda telah kembali ke pangkuan BN.
Menurut beliau kejayaan itu kerana golongan muda tidak mengundi.

Menurut Abu Hassan jika trend yang sama berulang di Sibu, maka BN akan menang.

“Sekiranya, kehadiran golongan muda keluar mengundi bertambah, maka DAP berpeluang merampas Sibu dengan majoriti tipis iaitu dengan undi kurang 1,000 ke bawah,” katanya

Golongan muda dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun mewakili 42 peratus pengundi di Sibu dan kemenangan kepada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat terletak kepada keupayaan mereka untuk menarik golongan ini menyokong mereka.

Abu Hassan Abdullah menjangkakan persaingan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen Sibu.

Beliau berkata kerusi Sibu milik BN untuk dipertahankan, tetapi percaturan ini boleh berubah sekiranya BN tidak berhati-hati kerana ia berada hanya 4 peratus di hadapan Pakatan.

Menurut kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik Zentrum, keputusan lewat malam semalam menunjukkan BN mendahului dengan 52.2 peratus berbanding Pakatan/DAP yang mendapat sokongan 47.6 peratus. Calon Bebas pula hanya mendapat kepercayaan 0.2 peratus.

Abu Hassan berkata Pakatan masih di belakang di semua tiga kerusi DUN iaitu Bawang Assan, Pelawan dan Nangka, yang terletak di kawasan parlimen Sibu.

“Keputusan pilihanraya esok banyak bergantung pada golongan muda membuang undi. Mereka dilihat sebagai pro-Pakatan, menurut kajian kami,” katanya kepada Malaysiakini.

“Kajian kami menunjukkan kebanyakkan golongan muda antara 21 hingga 40 di Sibu serta di pelusuk Malaysia adalah pro-Pakatan. Tetapi kajian ini tidak bermakna sekiranya, mereka tidak mengamalkan hak mereka untuk membuang undi.”

No comments: