Tdak mustahil PRU Ke-13 akan datang diadakan pada tahun 2011 bersekali dengan pilihanraya di Sabah dan di Sarawak.
Dengan kedudukan PM yang tidak stabil termasuk komponen yang terus bergoyang terutama parti MCA, parti PPP , parti SUPP , parti MIC , Parti PERKASA , parti SPR dan parti tupperware opppss maaf Parti SPR,Tupperware belum berdaftar lagi sebagai parti politik.
Teman rasa DS Najib akan buat LAIN DARI LAIN kerana desakan kedudukan beliau yang akan dipanggil ke mahkamah berkenaan kes Saiful kecuali beliau penakut macam Tun Mahathir yang minta soalan sebelum masuk mahkamah.Itu pun mengelat Tun M hampeh terus tak masuk mahkamah.Pada masa itu Tun M takut betul untuk menghadapi jerkahan Allahyarham Fernando Peguam Anwar Ibrahim.
Teman raser dengan modal wang yang banyak dari taukeh tut..tut..tut maka beliau mampu melakukan PRU13 dengan sebesar-besar dan akan menjadi rekod penting beliau sebagai PM yang pertama melakukan Pilihanraya sekaligus.
Seperti kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali ,ekoran kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Sibu 16 Mei lalu beliau yakin perkembangan yang berlaku ini (Sibu) pilihan raya Sarawak mungkin akan dilewatkan sikit.
Beliau (mustapa Ali) berkata lagi “Saya lihat, tidak mustahil PRU Ke-13 akan datang pada April 2011 tahun depan dan disekaliguskan dengan pilihanraya di Sarawak. Biasanya, diadakan secara berasingan tetapi barang kali akan disekalikan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di bilik mesyuarat pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, dekat sini, semalam.
Ikut rekod menurutnya, pilihan raya umum di negara ini tidak pernah diadakan kurang dari tempoh tiga tahun.
PRU 12 yang lalu diadakan pada Mac, 2008, maka Mac, 2011 ia genap tempoh tersebut.
No comments:
Post a Comment