Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 20, 2010

KES YANG MENJADIKAN YB KULIM BERUBAH LAKU


Sah... Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, Mat Noh Ahmad telah membuat laporan polis terhadap calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zulkifli Nordin kerana didakwa tidak mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihan Raya 2004.
Berdasarkan salinan laporan polis yang diterima oleh Agendadaily daripada sumber yang rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) laporan itu menyebut, SPR negeri Kedah telah memaklumkan kepada Mat Noh selaku pegawai pengurus pilihan raya pada 27 Februari 2008.
"Saya telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya PIlihanraya (SPR) Negeri pada 27 Februari 2008 jam 11.30 pagi berkenaan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjadi seorang calon PIlihanraya kerana calon tersebut tidak mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihanraya 2004 yang lalu yang menyatakan bahawa Zulkifli tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjadi seorang calon pada pilihan raya kali ini kerana calon tersebut tidak mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihanraya 2004 yang lalu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri. Ini menyalahi peraturan Pilihanraya," demikian kandungan laporan polis berkenaan.

Mat Noh ketika dihubungi Agendadaily bagi mendapatkan pengesahan mengenai laporan polis berkenaan bagaimanapun telah meminta Agendadaily menghubungi SPR Negeri Kedah bagi mendapatkan penjelasan kerana beliau tidak boleh memberikan sebarang komen.

Pada pilihan raya umum 2004, Zulkifli bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Langat Selangor tetapi tewas kepaa calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Shafie Salleh.

Pada pilihan raya kali ini, Zulkifli akan bertemu dengan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bagi merebut kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu yang sebelum ini diwakili oleh abang Aziz, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Walaupun ada bukti Zulkifli tidak memenuhi syarat dan peraturan pilihan raya, pencalonan Zulkifli tidak akan terbatal kerana berdasarkan peraturan pilihan raya, seseorang itu layak untuk bertanding apabila namanya telah dengan rasmi diumumkan sebagai calon setelah tamat tempoh bantahan pada hari penamaan calon 24 Februari lalu.
Namun demikian, dengan laporan polis yang telah dibuat sekiranya Zulkifli memenangi kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu, pihak BN boleh memfailkan petisyen di mahkamah pilihan raya bagi memohon untuk membatalkan kemenangan berkenaan.
Maklumat mengenai Zulkifli tidak menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya 2004 mula tersebar sejak Selasa lalu dan Aziz ketika ditemui Agendadaily hari Rabu tidak menjadikan isu berkenaan sebagai sesuatu yang menyebabkan beliau boleh berasa selesa bagi mengahdapi pilihan raya 8 Mac depan.
Sebaliknya, beliau berkata, beliau dan jentera BN kawasan berkenaan akan terus bekerja keras sepanjang tempoh kempen ini bagi memastikan rakyat memberikan mandat kepada BN.
Malah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang ditemui Agendadaily hari Khamis di Sik Kedah turut menyatakan BN akan meneruskan gerak kerja pilihan raya di kawasan berkenaan. - 29/2/2008

No comments: