P-Penzina, P- Pembunuh
Umur Baru 15 Tahun, Tapi Dah terlibat sebagai penzina dan pembunuh manusia yang tak berdosa.
MELAKA: 2 orang pelajar iaitu ibu bayi dan teman lelakinya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam Rabu lalu.
Ibu bayi itu, seorang pelajar berusia 15 tahun, dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, di sini dituduh bersama-sama melakukannya di antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.
Kedua-dua tertuduh yang bertubuh kecil didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pelajar perempuan itu yang kelihatan menggigil di mahkamah, memakai dua lapis kemeja-T dan menutup mukanya dengan sehelai tuala manakala pelajar lelaki pula memakai kemeja-T berwarna cerah dan berseluar gelap.
Muhammad Safiuddin berada dalam kandang tertuduh manakala pelajar perempuan itu berada di luar kandang sewaktu jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.
Kedua-duanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment