Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 7, 2010

TIBA-TIBA DI SIBU ADA PINJAMAN TEKUN NASIONAL UNTUK ORANG CHINA

Tiba-tiba BN/UMNO membuat kejutan dan mungkin presiden PERKASA boleh mati terkejut bila kemudahan pinjaman TEKUN NASIOANL yang biasanya untuk oran Melayu dan kena ahlu UMNO ditawarkan untuk masyarakat China di Sibu, Serawak.Di Hulu Selangor baru-baru ini tiadake untuk orang-orang India?

Masyarakat Cina di Negara ini yang ingin menceburi dalam perniagaan kecil boleh membuat pinjaman wang 50,000 ringgit ke bawah di bawa mikro kredit TEKUN Nasional yang sebelum ini pinjaman hanya untuk Bumiputera sahaja.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Seri Noh Haji Omar berkata langkah ini adalah di bawa konsep satu Malaysia dan satu tabung khas berjumlah kira-kira lima juta ringgit telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut.
Beliau memberitahu pemberita selepas merasmikan seminar keusahawanan Tekun Nasional bertema Keusahawanan Kerjaya Pilihan dan melancarkan penubuhan kelab komuniti usahawan Tekun di Sibu petang ini.
Katanya TEKUN Nasional juga telah sejak 2008 meluluskan pinjaman berjumlah 35 juta ringgit setakat kini kepada masyarakat India di semenanjung Malaysia.
Jelasnya Tekun Nasional hanya utuk membantu usahawan kecil dan selain itu terdapat lagi lapan agensi seperti Agro-bank, BSN dan Affin Bank yang selama ini sedang menawarkan mikro kredit untuk semua kaum.
Tambahnya, kerajaan juga menyediakan pinjaman kepada IKS.
Terlebih dahulu dalam ucapannya, Menteri itu berkata adalah hasrat kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan tidak ada rakyat yang terpinggir dan mendapat layanan tak saksama dan pelbagai bantuan seperti subsidi atau insentif diberikan kepada rakyat yang memerlukan tanpa kira bangsa.
Justeru,beliau menasihatkan supaya para pemimjam agar menggunakan pinjaman dengan bijak dan tidak menyalahgunakannya.
Datuk Nor Omar kemudian menyaksikan pertukaran MOU antara TEKUN Nasional dengan Dewan Usahawanan Bumiputera Sarawak dan turut menyampaikan anugerah Usahawan Tekun Cemerlang; anugerah pejabat TEKUN kawasan Terbaik; sijil lantikan ahli jawatankuasa penaja kelab komuniti Usahawan TEKUN Sibu.
Beliau juga menyampaikan cek-cek pembiayaan pinjaman TEKUN Nasional bernilai 318 ribu ringgit kepada 62 orang usahawan TEKUN di Sibu.
Sehingga kini seleluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan kepada usahawan oleh TEKUN Nasional adalah 205,278 pinjaman dengan jumlah RM1.5 billion sejak tahun 1999 sehingga Mac ini.
Bagi Sarawak sahaja TEKUN Nasional telah mengeluarkan pembiayan kepada usahawan sebanyak 12,542 pinjaman dengan jumlah 56.7 juta ringgit. Daripada jumlah itu, sebanyak 599 pinjaman dengan jumlah dua juta ringgit telah disalurkan kepada usahawan Sibu pada tempoh yang sama.

No comments: