
Banyaknya basikal merah didalam gambar diatas!. Kesemua basikal yang dilihat didalam gambar diatas adalah satu projek sistem perkongsian basikal yang dimulakan di Denver, Amerika Syarikat.
Sitem ini turut dikenali dengan nama B-Cylcle, menggunakan konsep sistem yang mudah dimana basikal ini akan diberikan satu stesen yang mudah dicapai oleh pengguna, perkara pokok adalah untuk memudahkan pergerakan dan mengelakkan kesesakan jalan raya.
B-Cycle turut dilengkapi dengan binaan GPS dalaman, jadi jika basikal ini dicuri atau hilang ianya dapat dijejak semula. Program ini dianjurkan oleh Trek dan kos untuk penggunaan sehari ialah USD5 dan bagi setahun pula USD65 (baik pakai setahun je terus!.
Pengguna juga boleh membayar dengan kiraan jam namun bagi saya harga tahunan dah memang munasabah jika pengguna memang kerap menggunakannya. Agaknya bila Malaysia nak buat sistem macam ini?
Bukan sahaja mengurangkan kesesakan malah turut boleh bersenam, gerenti rakyat Malaysia ramai yang sihat - sihat nanti!.
No comments:
Post a Comment