Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, May 6, 2010
JANJI MANIS DI BUKIT BERUNTUNG DI JAMIN MD NOH MENTERI PEMANTAU
Namanya Bukit Beruntung, tetapi keadaannya pada ketika ini indah khabar dari rupa. Apataknya dari Menteri Besar BN Tan Sri Muhammad Taib , Abu Hasan dan seterusnya Khir Toyo yang poyo.Malah, Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar melabelnya ibarat “bandar yang dilanggar Garuda”. Tetapi senario itu mungkin berubah dan selesai sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Noh sendiri telah memberi jaminan akan memberi keutamaan kepada masalah Bukit Beruntung yang pernah mendapat pelbagai gelaran kurang baik, antaranya “Bukit Tak Beruntung” dan “Ghost Town.”
“Memang keadaan di Bukit Beruntung menjadi isu besar, terutamanya kawasan apartment yang seperti bandar yang dilanggar burung Garuda. Saya akan beri perhatian dan keutamaan kepada masalah ini.,” kata Noh, yang dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sebagai Menteri Pemantau bagi memastikan janji-janji PRK Hulu Selangor dilaksanakan.
Semasa melancarkan program Juara Rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya kecil Hulu Selangor, Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk mengatasi masalah bumbung dan bangunan yang sudah dibeli tetapi tidak dihuni. Baru-baru ini ia ditambah lagi RM2.1 juta tetapi orang masih enggan mendudukinya.
“Masalah besar yang kita Nampak ialah mengenai bil air yang tertunggak. Kami sudah bincang dengan Syabas dan mereka telah memberi jaminan akan memasang meter individu. Selama ini mereka gunakan meter pukal.
“Kami dapati meteri pukal diuruskan oleh syarikat pengurusan. Walaupun penghuni membayar RM70 setiap bulan, syarikat pula tidak membayarnya kepada Syabas. Maka, yang menjadi mangsa ialah penghuni,” katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam, Selasa.
Sidang akhbar itu diadakan selepas Noh mempengerusikan mesyuarat penyelarasan janji-janji Pilihanraya Kecil Hulu Selangor di Shah Alam, Selasa. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru, P Kamalanathan.
Menurut Noh, yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Syabas telah membuat bajet RM1.4 juta untuk sistem pemasangan meter individu dan membetulkan sistem saluran paip air.
“Kita juga mendapati sistem pendawaian yang banyak terabai di bangunan dan apartment yang ditinggalkan dan ia boleh mendatangkan bahaya. Kita akan menghubungi TNB supaya memeriksa keselamatan sistem pendawaian di apartmen-apartment yang tertinggal itu dan berharap ia dapat diduduki semula oleh penghuni.
Noh berkata, pemulihan Bukit Beruntung serta perlaksanaan beberapa janji yang dibuat sebelum dan semasa PRK Hulu Selangor akan menjadi rangka kerja (blue-print) bagi kerajaan Barisan Nasional untuk menghadapi PRU ke-13.
“Kami akan buktikan segala janji yang dibuat sebelum dan semasa PRK Hulu Selangor bukan janji palsu atau gula-gula. BN akan tunaikan segala janji,” katanya.
Menurut Noh, dalam mesyuarat berkenaan, beliau dapati banyak janji yang dibuat sebelum PRK tidak dilaksanakan sama ada kerana tidak ada susulan atau wakil rakyat sebelumnya tidak sempat menunaikannya sebelum kepimpinan berubah tangan.
“Apabila PM melantik saya sebagai Menteri Pemantau, dia minta saya membuat susulan terhadap janji-janji yang tidak atau belum tertunai,” kata Noh yang turut mengumumkan beberapa peruntukan yang telah diluluskan, antaranya RM3.1 juta untuk pembangunan 13 kampung orang Asli di kawasan parlimen Hulu Selangor.
“Selain itu kerajaan juga telah meluluskan peruntukan untuk membina masjid, surau, kuil, tokong serta sekolah Cina, Tamil dan Agama (KAFA) yang mesti disiapkan sebelum PRU ke-13.
“Sebelum ini kerajaan telah meluluskan peruntukan RM500,000 untuk menubuhkan Permata di Kampung Sungai Buaya. Kini kami sedang dalam proses mencari tapak yang sesuai. Kerajaan juga telah meluluskan RM100,000 untuk baiki tapak kawasan peladang di Kuala Kubu Bahru.
“Berdasarkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Tak kira siapa juga mohon peruntukan, apabila kita lulus bermakna kita utamakan rakyat,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tak tahula umno sampai bila dia nak tipu rakyat
Post a Comment