Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 31, 2010

SAKA MEMANG CELAKA

Ramai dah tahu bahawa saka itu ada peninggalan dan bila tidak ikut kata maka akan dimakan tuan. Semuanya ini memang pembawaan pada oran-orang Melayu dahulu kala. Hanya sedikit-sedikt yang ada saki-baki peninggalan turun temurun.
Tapi apa yang teman nak kaitkan bahawa saka pada UMNO (pejuang orang Melayu yang totok dan kental membuta tuli)ialah rasuah dan bila terdesak mereka akan dapatkan ilmu tak kira dari bukit atau gunung untuk bertapa dan sekarang merek tak payah bertapa tapi hanya buat satu panggilan di Bukit Tinggi atau Genting Highland dan semuanya tertunai dan memang tunai yang dapat. Tapi mereka dapat tunaipun ada syarat yang perlu ditunaikan. Kalau tak ditunaikan maka sakitlah badan ,paling kurang tak dapat pertolongan lain kali.
Rasernya begitulah andaian teman kalau mendengar kata-kata Ketua pemuda PAS Pusat ini.

KETUA Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan percaya kerajaan begitu tergesa-gesa meluluskan lesen judi bola sepak sempena kejohanan Piala Dunia 2010 Julai ini, kepada Kumpulan Berjaya kerana mahu membalas jasa kepada pengerusinya, Tan Sri Vincent Tan.

Dakwanya, daripada maklumat yang diperolehi Dewan Pemuda PAS Pusat, Kumpulan Berjaya banyak membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi berdepan parti-parti politik pembangkang dalam setipa kali pilihan raya.

"Apa yang saya hendak sebutkan tindakan cepat dan tindakan tergesa-gesa kerajaan meluluskan lesen judi kepada Kumpulan Berjaya kerana taukehnya banyak membantu pembiayaan bagi pilihan raya BN, berdepan dengan parti- parti politik pembangkang. Sebab saya tidak nampak Umno begitu daif untuk berdepan dengan rakyat yang menentang aktiviti judi. Begitu juga dengan ulama-ulama mereka diam seribu bahasa, membiarkan judi diteruskan," tegasnya dalam satu sidang media selepas mesyuarat EXCO Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung, dekat sini.

Turut serta, Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Azman Shapawi dan Setiausaha, Kamaruzzaman Mohamad. Dakwa Ustaz Nasruddin, apa yang sedang berlaku menunjukkan Umno terdesak untuk mendapatkan dana dan sudah pasti Umno hanya akan memperolehi dana itu daripada taukeh-taukeh judi.

Beliau mendakwa, penganugerahan lesen judi kepada Kumpulan Berjaya adalah salah satu contoh balas budi bagi pihak kerajaan kepada mereka. Katanya lagi, paling menyedihkan ke manakah perginya tokoh agama dalam Umno, menteri agama, dan mufti-mufti untuk bersuara dalam isu sesensitif ini.

"Agama apa sebenarnya dianuti Umno dan BN apabila semua agama menafi dan tidak membenarkan judi. Tiba-tiba kerajaan Umno dan BN meluluskan lesen judi sebab kita tahu lesen judi merupakan satu hak ataupun autoriti yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan. Kenapa diluluskan?" soalnya.

Katanya, tidak keterlaluan selepas ini orang akan kata Umno tidak ada agama kerana semua agama tidak bersetuju dengan judi. Sehubungan itu Pemuda PAS memutuskan satu gerakan besar-besaran membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi tersebut. - Roy Rasul

No comments: