Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 31, 2010

MEREKA ANGGAP RAKYAT BUTA, JADI MEREKA MAIN JUTA

1. RM1 JUTA Biasiswa
COLLEGE MCS melancarkan skim 'RM1 juta biasiswa untuk 1Malaysia' bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan tetapi berminat untuk belajar dan menyambung pembelajaran.
Ia dilancarkan Pengerusi Kolej MCS, Datuk Seri Paduka Shafie Salleh sempena Hari Karnival & Kerjaya 2010 di kolej itu di Banting, Selangor, baru-baru ini.

2. RM 1 JUTA BONUS KEPADA LHDN.


3. 1 JUTA PENGGUNA E-Filling


Pengguna e-Filling capai angka 1 juta: LHDN


2010/04/27
KUALA LUMPUR: Penggunaan e-Filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar cukai sudah mencecah angka satu juta.

LHDN menyatakan bahawa penggunaan e-Filing sehingga tengah malam semalam melonjak 29.18 peratus iaitu 1,011,703 pengguna berbanding 783,174 pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Sementara itu, LHDN turut mengingatkan semua pembayar cukai yang mempunyai pendapatan selain perniagaan supaya menghantar Borang BE Tahun Taksiran 2009 secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga saat akhir pada Jumaat ini, 30 April untuk membuat pembayaran.

Butiran Lanjut



4. 1 JUTA PC UNTUK PELAJAR MISKIN

Masyarakat miskin dapat komputer riba percuma

image 2010/05/29 Pelajar dari keluarga berpendapatan kurang RM3,000 boleh mohon

KUALA KLAWANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengedarkan satu juta komputer riba 1Malaysia secara percuma kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah supaya mereka memperoleh capaian akses internet jalur lebar.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata program khas SKMM itu akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah menggunakan kelebihan internet dalam memajukan diri dan keluarga.

“Golongan yang layak menerima komputer riba itu nanti ialah yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan mempunyai anak masih belajar sama ada di sekolah mahu pun universiti dengan pengesahan oleh pemimpin masyarakat.

Butiran lanjut

No comments: