KOTA BHARU, 30 Mei: Malunya teman bila Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar PKR menggunakan sistem tarbiyah untuk mendidik ahlinya agar tidak lagi melompat parti. Habis ... kalau kita yang Islam ini pandang sepi aktiviti Tarbiyyah dan buat donno perkataan Tarbiyyah malahan segelintir ahli-ahli PAS baru pun ada yang berjinak untuk berjauhan denga tarbiyyah seperti usrah dan sebagainya. Maka Allah bagi wakil penengur dari bukan Islam untuk menegur kita. Dan seharusnya kita kena terima teguran yang membina dan memperingatkan kita yang hampir lupa ini. Perwakilan PKR dari Selangor berkata kegagalan parti menangani isu lompat parti seharusnya tidak timbul sekiranya ahli dan wakil-wakil rakyat dalam PKR diberi tarbiyah terlebih dahulu.
Tarbiyyah itu penting setiap manusia di dunia ini. Tanpa tarbiyah maka sesatlah manusia itu. Jika diri ditarbiyah atau dididik dengan ilmu Islam, sudah tentu seseorang itu mahu keluar dari jemaah, lagi pula jemaah itu jemaah yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW ini :
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :" من الخروج من الامتثال وتفرق من الجماعة ، ثم مات ، والموت هو الجاهلية ثم الموت ". رواه مسلم
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa keluar dari kepatuhan dan berpisah dari jema'ah, lalu ia mati, maka kematiannya adalah kematian jahiliyyah." (HR Muslim).
WAllahua'alam
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment