Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 31, 2010

BIARLAH ALASAN UTAMA KERANA ALLAH (KHAS ORANG ISLAM) BUKAN KERANA PERKATAAN ALLAH

Dengo citer ADUN Kuala Nerang Dato' Syed Sobri Syed Hashim yang digosipkankan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Pada teman elok di buat tatacara sesiapa ADUN bukan Pakatan Rakyat yang hendak masuk Pakatan Rakyat perlu ikut prosidur. Kerana kita perlu ingat lompat-melompat bukanlah elok kelakuan dalam politik. Sebaiknya kita nasihat ADUn atau AP dari BN yang nak masuk ke dalam Pakatan Rakyat pikio abis yang Islam buat istiharah juga dan kita jangan terima setakat alasan kecewa tak dilayan oleh pimpinan demo dan bla-bla. Bior ada qualiti Pakatan Rakyat bukan dan berbangga tapi kena jaga qualiti pemimpin rakyat. Bagi Wakil rakyat Islam kalau nak lompat alasan terbaik kerana Allah kerana agama Islam menuntut amalan Islam yang syumul yang penuh bukan sekerat atau separuh contoh penerimaan judi dalam negara Malaysia.

Syed Sobri yang kini kununnya menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang ura-ura (jangan pura-pura dah lah) untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu. Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu. Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini.

Jika ini terjadi ia merupakan tamparan bagi UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal yang bukan ahli UMNO dari Kedah yang juga Naib Presiden UMNO.
Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat. - Abdul Rahman Hashim

No comments: