TAMPIN , N.Sembilan: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah gambaran tindakan seorang Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berusia 40-an di sini, yang didakwa sering melakukan gangguan seksual, termasuk meraba punggung seorang kakitangan wanitanya, sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila mangsa berusia dalam lingkungan 20-an yang juga Setiausaha Kerja JKKK itu, tidak tahan dengan gangguan berkenaan lalu membuat laporan polis, Khamis lalu.
Sumber berkata, mangsa mendakwa suspek sering melakukan gangguan seksual termasuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajaknya melakukan hubungan kelamin. “Kejadian terbaru berlaku Khamis lalu kira-kira jam 8 pagi di balai raya kampung berkenaan.
Mangsa mendakwa suspek yang datang untuk berbincang mengenai urusan kerja tiba-tiba menepuk dan meraba punggungnya beberapa kali sebelum beredar. “Dia turut mendakwa, suspek datang sekali lagi pada sebelah petang dan menghampirinya dari belakang sebelum memeluk dan menciumnya sekali gus menyebabkan mangsa yang tidak tahan memberitahu keluarganya mengenai perkara itu,” katanya di sini, semalam.
Susulan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Gemencheh jam 10.30 malam hari sama, manakala suspek yang mengetahui perkara itu turut membuat laporan bagi menafikannya pada keesokan harinya. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Hooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat kedua-dua mereka dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut. “Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi membolehkan kita menjalankan siasatan mengenai perkara itu,” katanya.
“Kita akan memanggil mangsa dan suspek dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. -BHarian
WarkahDaily - Biasalah kalau dah nama Umno, semuanya boleh jadi. Tak pelik pun jika diperhatikan betul-betul.
Kalau bosnya pun tak kurang hebatnya. Ada yang tepuk punggung, ada yang kaki judi, minum arak. Tak termasuk lagi yang kaki perempuan, bantai anak dara orang. Yang terbaru lagi dahsyat, kerajaan BN nak 'menghalalkan' judi dalam sukan bola sepak pulak dah.
Walaupun begitu perangai pemimpin Umno-BN, ada jugak yang tidak mahu berpisah dengan Umno-BN. Time mengundi, tetap jugak undi BN. Seolah-olah dah dibutakan oleh suapan dua tiga ratus ringgit ketika musim pilihanraya. Melayu mudah lupa.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment