Komen teman : Syukur alhamdulillah sahabat berlainan parti ini si Paneh Miang dalam diam mengakui kesilapan UMNO yang diterajui oleh UMNO sendiri.Rupanya UMNO mendabik dada diluar tapi rencung di dalam menikam dalaman UMNO dan Melayu sendiri.Sedarlah penyokong UMNO sekelian, Najib bukanlah pejuang Melayu dan perjuangan Melayu bukan lagi misi kita tetapi perjuangan menegakkan Islam adalah segalanya.Melayu tidak releven di Malaysia kerana telah dirosakkan oleh pemimpin UMNO sendiri.
Najib guris hati Melayu!
1. Kami melihat beberapa blog pro kerajaan telah memalu gendang, namun amat kurang yang menyahut walaupun terdapat ratusan, malah ribuan blog pro BN yang tumbuh bak cendawan. Sama ada mereka keliru, atau mengelak untuk membicarakannya...entahlah. Apa yang pasti, blog pro komplot pembangkang tidak akan sentuh isu ini kerana takutkan DAP.
2. Kami melihat isu Petronas, selain masalah yang disebabkan oleh kedangkalan akal si cucu Abdullah Fahim, rombakan terbaru Petronas Management Committee telah mengundang persoalan ramai pihak.
3. Setelah sekian lama Petronas diterajui oleh orang-orang Melayu sehingga tersenarai sebagai Fortune 500 dan The New Seven Sisters: The World's Most Powerful Oil Companies, sehingga menjadi igauan ramai kaum bukan Melayu, bukan sahaja Cina dan India, malah bangsa asing sendiri begitu teringin menyertai Petronas, akhirnya Najib telah membuka laluan dengan dasar "LIBERALISASI LUAR BIASANYA".
4. Inilah masalahnya apabila kelompok bangsawan menerajui negara.
5. Rasanya Najib tidak pernah sekalipun bekerja dengan syarikat bukan Melayu. Rasanya Najib tidak pernah merasai bagaimana peritnya berkerja separuh mampus, tetapi masih tidak diberi pengiktirafan dan ganjaran yang setimpal di syarikat bukan Melayu. Mungkin Najib tidak pernah merasai perit getirnya diskriminasi dan mainan politik ala komunis oleh majikan bukan Melayu terhadap pekerjanya yang terdiri daripada kaum pribumi.
6. Kami pernah menempuh getir itu dan kami tidak akan mudah melupakan semuanya.
7. Dan hari ini kami sebagai orang Melayu, kaum pribumi di Tanah Melayu, waris kepada nenek moyang kami yang dijajah selama lebih 446 tahun, merasa AMAT TERGURIS kerana syarikat yang dibangunkan dengan titik peluh orang Melayu, menjadi tunjang keyakinan diri orang Melayu dan merupakan simbol kemegahan orang Melayu, telah dibuka pula laluannya kepada bukan Melayu.
8. Apa korang yang duduk di singgahsana kuasa ni ingat bahawa syarikat seperti KNM Group, MUI Properties, Gamuda Berhad, Hong Leong Bank, Public Bank, Lion Group, Berjaya Group...bla...bla...bla...akan beri laluan mudah kepada orang Melayu sepertimana Petronas kini berikan kepada Wee Yiaw Hin selaku Naib Presiden Eksekutif Eksplorasi & Produksi, Lau Lai Tuang selaku Naib Presiden Infratsruktur & Utiliti, Collin Wong selaku Naib Presiden Teknologi & Kejuteraan, Effendi Cheng sebagai CEO Eksplorasi Gas, serta George Ratillal sebagai Naib Presiden Eksekutif Kewangan?
9. Kaum bukan Melayu bertambah kaya tanpa memberi sebarang laluan kepada orang Melayu, tidak pernah disekat mengumpul kekayaan, mempunyai sekolah bahasa ibunda sendiri yang mendapat sokongan serta bantuan kerajaan, menjadi wakil rakyat di kawasan majoriti Melayu, mengenakan syarat bahasa mandarin untuk bekerja di syarikat mereka, mengupah majoriti kaum sendiri dalam syarikat mereka, membezakan kadar gaji kaum mereka dengan kaum bumiputra di syarikat milik mereka, membekal barangan dengan kos yang rendah kepada kaum sendiri, masih diiktiraf warganegara walau sepatah habukpun tidak fasih berbahasa kebangsaan, IPTS milik bukan Melayu hanya ada kurang 10% pelajar bumiputra, membina rumah ibadat bukan Melayu yang besar di kawasan majoriti Melayu, bla...bla...bla.
10. Petronas bukan sahaja sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC. Petronas bukan sahaja milik Khazanah dan Kerajaan Malaysia. Tetapi Petronas merupakan nadi yang berdenyut dalam setiap batang tubuh orang-orang Melayu di negara ini. Petronas membawa simbol semangat, keyakinan diri, kemegahan, masa depan dan maruah setiap anak-anak Melayu yang masih bergelut dengan kepayahan hidup.
11. Namun hari ini Najib begitu mengguris hati setiap anak-anak Melayu. Bermula dengan kegagalannya mengawal Rosmah, kegagalannya menerangkan konsep 1Malaysia itu bukannya bermaksud sama rata sebagaimana yang difahami oleh kaum bukan Melayu, kegagalannya menjaga hati orang Melayu dengan memberikan wang berjuta kepada sekolah bukan Melayu, kegagalannya menerangkan mengapa keputusan Paklah melepaskan Blok L & M adalah baik kepada negara, kegagalannya 'mengangkat' bekas-bekas penghina kerajaan berbanding ahli Umno yang setia; dan yang terbaru kegagalan Najib menjaga Petronas untuk kekal menjadi milik Melayu sebagaimana yang dihasratkan oleh ayahandanya sendiri.
12. Ingin kami tegaskan di sini, insan bernama Najib tidak penting dalam institusi Perdana Menteri, insan bernama Najib tidak penting dalam kesepakatan Barisan Nasional, malah insan bernama Najib juga tidak penting kepada institusi keramat Umno.
13. Nakhoda boleh datang dan pergi, tetapi 3 institusi ini tetap akan kekal berpaksi kepada kedaulatan negara ini. Jangan sesekali kamu Najib, cuba untuk mempermain masa depan dan maruah anak-anak Melayu jika kamu berhasrat untuk kekal lama.
14. Kami di Paneh Miang menuntut penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan, agar segala kekusutan dapat dileraikan, agar segala kekeruhan dapat dijernihkan, agar jiwa kembali tenang.
15. Atau kami bakal menjadi saksi kepada satu permulaan bagi kehancuran bangsa Melayu yang disebabkan oleh kebaculan pemimpinnya sendiri?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Andaikata keluhan siPaneh Miang adalah keluhan sebahagian besar ahli dan pendokong UMNO ini adalah petanda baik untuk mereka dan partinya.Jika tidak jahanam UMNO
Post a Comment