Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 11, 2010

HAIT ! DULU KATA ADA PARANG DAN BUDAK 15 TAHUN ADALAH PENJENAYAH, SKANG POLIS PULA DIKATAKAN BERSALAH ... ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah bermakna teman bersyukur pada Allah kerana pihak pemimpin Polis berasa bersalah dan mengaku cara mereka menangani jenayah terdapat ketirisan dan kealpaan , almaklumlah diperintah UMNO selama 64 tahun.Dan nampaknya nya terbuka sedikit mata dan mata-mata orang penyokong UMNO dan blogger-blogger UMNO bahawa mereka selalu diberikan berita benar oleh kami pejuang rakyat marhein tapi mereka gagahi tidak mahu terima kerana keegoaan mereka.Alhamdulillah kita boleh baca keluhan blogger2 yang sedar tentang penipuan UMNO terutama slogan 1Malaysia memakan diri mereka dan hak Melayu yang diperjuangkan mereka.


Polis Yang Menembak Aminulrasyid Amzah Didakwa di Mahkamah Sesyen

SHAH ALAM: Anggota polis, Korporal Jenain Subi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menembak pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid Amzah sehingga membawa kepada kematiannya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.

Hakim M. Gunalan mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Aminulrasyid mati ditembak dalam insiden polis peronda mengejarnya sejauh enam kilometer pada 26 April lalu di Seksyen 11 di sini selepas mangsa enggan memberhentikan kenderaannya.

Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang jam 2 pagi iaitu selepas mangsa bersama seorang lagi rakannya Azamuddin Omar, 15, keluar menggunakan kereta kakak mangsa ke sebuah restoran untuk minum.

Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu mereka telah tergesel sebuah kenderaan lain dan ketika itulah mereka melarikan diri sambil dikejar oleh sekumpulan remaja lain yang menunggang motosikal.

Insiden tersebut disaksikan oleh sebuah kereta peronda yang melihat mangsa memandu dalam keadaan merbahaya dan memotong lampu isyarat merah di beberapa persimpangan lalu turut mengejar mangsa.

No comments: