Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 27, 2010

TERBELIAK MATA SPRM KES NIK AZIZ, MATA SPRM TERTUTUP RAPAT DENGAN RASUAH BN PRK HULU SELANGOR

Siasatan SPRM terhadap Nik Aziz, menantu masih diteruskan

KOTA BARU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berhubung dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Sambil menolak tanggapan kononnya kes itu ditutup atau siasatan sengaja dilewatkan, Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd Nor, berkata beberapa orang akan dipanggil bagi membantu siasatan itu dalam masa terdekat ini.

“Ada beberapa saksi akan dipanggil yang berkaitan dengan aduan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen “Perangi Pemberi Rasuah” di sini hari ini.

Pada 7 April lepas, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, mendesak SPRM mendedahkan status siasatan tersebut. SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan terhadap Abdul Ariffahmi sejak November tahun lepas setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.

Siasatan terhadap Nik Abdul Aziz pula dipercayai dilakukan setelah terdapat laporan yang beliau dan keluarganya menerima tajaan haji bernilai RM65,000 yang turut melibatkan Abdul Ariffahmi serta beberapa ahli keluarganya.

No comments: