Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 27, 2010

MEMANG TAK PATUT BILA MATA-MATA JULING SEBELAH BN

Chegu Bard dan anak-anak muda pergi ke Felda Kg Sg Buaya pada hari mengundi namun setelah mereka mahu bergerak ke tempat lain, tiba-tiba mereka di kepong dan di halang oleh pemuda rempit BN bersenjatakan parang.
Mereka berjaya mematahkan gerakan Chegu Bard dan rakan-rakan lain berkempen dan merayu undi pada hari pengundian.
Mereka menendang kereta dan menyekat konvoi 5 buah kereta Chegu Bard di pertengahan jalan. Apa lagi anak-anak buah Chegu Bard mula bertindak setelah salah seorang pemuda rempit BN keluarkan parang.

Tindakan pantas anak buah Chegu Bard telah berjaya menghalang pemuda Bee End tersebut mencederakan anak buah Chegu Bard.

Chegu Bard kemudian pergi balai polis Serendah untuk membuat laporan polis. Salah seorang anak buah Chegu Bard bernama Muru cedera ringan di lengan tangan.

Ija dan Ita pula kereta mereka dilanggar oleh mat rempit bn sebelum mereka berhenti dan berlaku pertengkaran dengan Muru.

PELIK BIN AJAIB setelah laporan polis dibuat oleh Chegu Bard, manakala Ija dan Ita tunjukkan bukti gambar bagaimana mat rempit bn mengekori dan keluarkan parang, mereka pula akhirnya ditahan dan mat rempit tersebut tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Chegu Bard, Azizi, Muru, Ita dan Ija akhirnya ditahan polis setelah pihak polis sendiri membuat laporan polis mengatakan Chegu Bard dan rakan-rakan membuat kecoh di Kg Sg Buaya.

Manakala Ija dan Ita pula ditahan atas tuduhan kerana berkonvoi bersama Chegu Bard.

Akhirnya semua mereka dibebaskan setelah diikat jamin mulut sebanyak RM3,000 seorang pada pukul 9.00 malam.

Isteri saya, Marina, Zaheera dan isteri YB Amirudin telah menjamin Chegu Bard dan rakan-rakan dan mereka dikehendaki hadir ke mahkamah Kuala Kubu Baru pada 9 mei 2010.

Manakala Saiful Idham Ramli (Ahli MPP Keadilan) bertindak sebagai peguam bagi kes tersebut.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Jangan bergantung didahan yang rapuh,semua mata-mata rakyat memerhatimu siang dan malam.Fikirlah, dimasa kini kita mengenakan orang belum tahu lagi dimasa depan.Dunia ini ibarat roda yang berpusing,ada masa kita berada diatas mungkin akan datang kita giliran kita pulak dibawah.Sama-samalah kita bermusahabah demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.