Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 27, 2010

KES TER TER TEMBAK REMAJA OLEH POLIS MALAYSIA



Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.

Satu laporan akhbar mengenai kejadian itu identified in a newspaper report on the incident as Aminul Rashid Amzah (above)

Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminul Rashid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.
Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.

Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah. malaysiakini

2 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum

Jangan melindungi orang bersalah dan kesalahan itu mesti dibuktikan kemahkamah.Bawalah orang yang bersalah itu kemahkamah supaya ia(pihak kena tuduh) dapat membuktikan ia tidak bersalah sekiranya ia bersalah hukumlah dengan perundangan yang ditentukan untuk mereka yang bersalah.Keadilan itu dicinta oleh Allah dan manusia.Jalankan tugas dengan baik dan saksama

Anonymous said...

Wahai orang-orang kampung !!! Yahudi dah mendarat... Polis Yahudi dah mendarat di tanah air kita..... !!!! Inilah angkara bila berbaik dengan Yahudi dan akhirnya perangai macam Yahudi laknatullah..... AllahuAkbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !