Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 8, 2010

MCA BERDUKA TINDAKAN DATIN PADUKA

Ketua Wanita MCA memang berani ,hebat dan bukan kaki ampu dan sedia melepaskan semua jawatan dan pangkat yang ada.Tapi jangan lupa, ada orang yang akan pujuk , bergantung kepada ketahanan diri pula.Beginilah kalau orang yang ada maruah bukan menimba harta dan wang yang melimpah ruah.

Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA.

Serentak dengan peletakan jawatan itu, Chew juga berkata dia akan melepaskan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat yang disandangnya.

Beliau juga mengumumkan akan melepaskan jawatan senator.

Pada pemilihan parti itu pada 28 Mac lalu, Chew berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandels seks DVD dilantik sebagai presiden.


Chua berjaya menumbangkan presiden ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dengan majoriti yang tipis.

Reaksi spontan Chew pada malam keputusan itu ialah beliau akan menagguhkan sebarang pengumuman sehingga Jawatankuasa Pusat Pergerakan Wanita MCA bermesyuarat.

Mesyuarat itu berlangsung hari ini.

Menjelang tengah hari, ratusan penyokongnya tiba di Wisma MCA, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Chew.

Antara sepanduk dan kain rentang yang dibawa mereka, tertera "Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita".

Semasa Chew tiba, penyokongnya terus melaungkan "Kami sokong anda", "Kami perlukan anda" dan "Jangan letak jawatan!".

Sokongan padu itu menyaksikan Chew menitiskan air mata. Beliau kemudiannya menghabiskan kira-kira 30 minit dengan penyokongnya sebelum menuju ke tingkat enam untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Malaysiakini/-

No comments: