DS Zahrain Hashim Ahli Parlimen Bebas-Bayan Baru dan Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Bebas-Kulim Bandar Baru akan ke Washington, Rabu depan bagi menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongress Amerika Syarikat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Abd Aziz, yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal parlimen cuba mempertahankan keputusan kerajaan membawa dua ahli parlimen Bebas untuk mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat.
"Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, saya memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang.
"Juga adalah tidak adil bagi memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan ini.
"Mereka akan menuduh saya tidak berlaku adil kerana mereka juga memerlukan jumlah berkenaan bagi pengundian secara blok.
“Jadi, yang boleh pergi ialah hanya MP Bebas,” katanya di lobi parlimen.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment