Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 9, 2010

ABDUL RAHMAN GENIUS GANU YANG UMNO/BN BANGGAKAN, DARIPADA GENIUS ADI PUTRA

Teman ingat lagi sebelum ini ada juga genius begini semasa Khir Toyo jadi MB , orang muda dapat tanah berekar-ekar bawah umur lagi.
Tapi bila Adi Putra yang memang real genius dan pakar matematik umur tak sampai 10 tahun kemudian nak buat bisnes dan jadi CEO termuda ,UMNO sendiri tak bangga malah tiada siapa Melayu seperti PERKASA atau UMNO membela bila perniagaannya di sita dan dirampas kementerian .

BUDAK 23 TAHUN DAPAT KONTRAK RM53.4JUTA ,pendedahan kontrak 'dicurigai'

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membuat pendedahan lanjut berkaitan sebuah syarikat yang bertanggungjawab membina sebuah hostel 200 bilik dengan kos RM7.8 juta di Terengganu.

"Ini telah diperbetulkan oleh menteri di parlimen sebagai RM7.8 juta kerana ada kesilapan dalam tulisan," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun mempertikaikan dua lagi kontrak yang diperolehi syarikat berkenaan, masing-masing bernilai RM5.7 juta dan RM39.9 juta.

"Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Disember 2007 tanpa apa-apa hasil dalam akaunnya pada 31 Disember 2008," katanya.

Katanya, syarikat itu bagaimanapun dianugerahkan kontrak bernilai RM53.4 juta dalam tempoh enam bulan lalu.

"Lebih menarik lagi, pemegang syer utama 66 % dan juga pengarah syarikat ini, Abdul Rahman Abdul Ghani usianya baru mencecah 23 tahun bulan ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan satu kontrak bernilai RM1.4 juta untuk membekalkan makanan masak kepada sebuah sekolah menengah di Maran, Pahang yang didakwa diberikan kepada seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian.

Beliau mengemukakan kes itu sebagai salah satu contoh daripada 76 buah kontrak bernilai RM123.5 juta yang dikeluarkan kementerian pelajaran.

"Kebanyakan daripada kontrak ini juga diberikan kepada individu dan bukannya kepada syarikat," katanya.

No comments: