BN Terdesak Untuk Sekat Kemaraan DSAI
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan kepada Parlimen berhubung beberapa persoalan yang timbul daripada isu APCO Worldwide sebelum mengambil tindakan terhadap beliau.
"Suruh dia (Perdana Menteri) jawab dulu soal APCO, jawab soal 'Israel intelligence', Shin Bet. Jawab itu dulu apakah sudah dijawab atau belum, apa nak serang saya lagi?
"Saya dah diserang banyak, sekarang ini Umno ataupun Perdana Menteri perlu jawab mengapa pilih APCO, pertahankan APCO mati-matian, ini aneh dong," kata Anwar kepada media di lobi Parlimen petang tadi.
Sementara itu, Umno di lihat terdesak mempertahankan unsur-unsur Zionis sehingga sanggup mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz itu bagaimanapun tidak mengejutkan beliau ekoran ianya sudah dijangkakan dari awal lagi.
“Ini sekali lagi membuktikan bahawa Pemuda Umno dalam tertekan sanggup mengorbankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, speaker telah mengarahkan Datuk Seri untuk memberi keterangan di dalam Parlimen.
“Walaupun saya telah membangkitkan, prosedur itu tidak kena. Kalau prosedur yang digunakan ialah 37 (1), ianya mesti dibangkitkan ketika ahli berkenaan sedang bercakap.”
Beliau berkata bagaimanapun perkara ini dibangkitkan setelah selesai Ketua Pembangkang memberi ucapan beberapa hari selepas itu.
Azmin berkata penjelasan Anwar yang mengaitkan kerajaan mempunyai hubungan dengan Apco Worldwide jelas terbukti dengan maklumat-maklumat yang didedahkan sendiri oleh Ketua Pembangkang itu.
Malah akhbar Straits Times Singapore memetik dokumen-dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mengesahkan hubung kait Apco dengan kerajaan Israel yang selari dengan hujah-hujah Anwar di Parlimen.
“Ketua pembangkang telah mengambil peluang ini untuk berikan keterangan, penjelasan dan bersandarkan kepada bukti-bukti yang cukup kuat dan kukuh.
“Ini termasuk beberapa perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Umno dan kumpulan Zionis ini.”
“Apco Antarabangsa sudah pun mengesahkan memang membenarkan mereka pernah berkhidmat dengan rejim Israel seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar,” tegas Azmin.
Beliau berkata PR akan mempertahankan perkara ini sekali lagi dengan melampirkan bukti-bukti yang kukuh dan akan membongkarkan personaliti yang terlibat termasuk golongan perisik yang pernah berkhidmat di bawah rejim Israel. -GB/TVS
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment