Peluang menang sukar jika calon UMNO - Khir Toyo
Peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sukar sekiranya meletakkan calon dari UMNO.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, walaupun majoriti kawasan tersebut diwakili pengundi Melayu tetapi ia dilihat bukan faktor untuk meletakkan calon UMNO.
“Jika kita letak calon UMNO, kita (BN) tidak boleh menang kerana kita semua sedia maklum kawasan tersebut adalah kawasan ‘tradisi MIC’.
“Jadi, kena ikut tradisi berkenaan dan parti komponen BN perlu memberi sokongan penuh dan kerjasama pada MIC,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mohamad Khir berkata, MIC mempunyai kaedah tersendiri untuk meletakkan calon yang sesuai bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya berkenaan.
“Yang penting calon itu mestilah mempunyai rekod yang baik dan berupaya memberikan perkhidmatan terbaik bukan sahaja kepada pengundi India tetapi juga pengundi Melayu dan Cina.
“Kita percaya peluang untuk menang tu 50-50,” katanya.
Ditanya siapa calon MIC yang layak, Mohamad Khir yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.
“Letak sesiapapun...yang penting calon itu perlu kerja kuat untuk memastikan kemenangan BN,” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment