3 Penjuru di Hulu Selangor?
Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) bersedia bertanding pada pilihan raya kecil di kawasan terbabit berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat penyakit barah baru-baru ini.
Presidennya, Hanafi Mamat berkata, setakat ini Akim telah mempersiapkan jentera parti dan bersedia meletakkan calon di kawasan terbabit untuk bertanding bersama-sama PR/PKR dan Barisan Nasional (BN) (MIC atau UMNO sedang berebut-rebut).
“Perjuangan parti adalah untuk menyatukan orang-orang Melayu sama ada Pas atau UMNO dan sebagai Presiden, saya menyokong penuh penyatuan ini untuk satukan kedua-dua parti.
“Ideologi Akim adalah penyatuan dan sebagai pemimpin saya akan terus memperjuangkan kerjasama di antara satu sama lain dalam menegakkan perpaduan,” katanya.
Katanya, setiap umat Islam adalah bersaudara dan dalam mengekalkan persaudaraan ini kita haruslah bersatu.:
“Jika penyatuan dapat dikekalkan maka ia akan mewujudkan kumpulan yang kuat dalam menegakkan agama Islam.
“Semoga rakyat Malaysia yang beragama Islam dapat disatukan kerana penyatuan penting bagi mengelakkan perpecahan seperti kata pepatah ‘bersatu teguh bercerai roboh,” katanya.
Posted by Sekretariat Parlimen Kota Raja at 8:06 AM
0 comments:
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment