Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 16, 2010

UMNO RIMBA AMPANG PERLU 2/3 UNTUK HUKUM HUDUD & QISAS ?

Komen : Teman pun pelik Pergerakan Pemuda Rimba Ampang ini betul-betul muda sangat sampai apa yang berlaku pada Malaysia dan UMNO sebelum PRU12 mereka tak tahu atau penulis blog ini yang tak tahu.
Sebelum ini pemuda UMNO Rimba tak tahukah bahawa dah berapa penggal BN/UMNO ada 2/3 semasa memerintah Malaysia? Tak tahu atau tak nak ambil tahu.
Baru kali ni tak dapat 2/3 barulah terhegeh-hegeh nak dirikan Hudud dan 2/3 diperlukan.Bacalah kebengongan Pemuda Rimba yang harus duduk dalam Rimba dan baca Utusan Meloya dan Berita Hairan setiap hari dan tahu apa yang sebenar berlaku.


HUDUD & QISAS
Pengertian Hudud dari segi bahasa bererti menahan atau mencegah. Dari segi istilah hudud ditakrifkan sebagai hukuman yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan. Qisas pula dari segi bahasa bermaksud memotong dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.

Dua hukum jenayah islam diatas boleh dilaksanakan di Malaysia sekiranya umat islam mendapat undian majority 2/3 di dalam Parlimen mahupun di Dewan Rakyat. Pada waktu ini ramai yang menuduh kerajaan Barisan Nasional atau UMNO tidak mahu melaksanakan hukuman ini dan tuduhan ini sama sekali tidak berasas. Kerajaan tidak dapat melaksanakannya kerana tidak mendapat sokongan dalam majority di Parlimen.

Mengapa kerajaan negeri yang diterajui PAS di Kedah tidak mampu untuk melaksanakan hukuman hudud dan qisas ini sedangkan sebelum ini doktrin-doktrin merekalah yang beria-ria menuntut supaya ianya dilaksanakan. Apabila telah memegang tampuk pemerintahan mereka mula memberi seribu alasan dengan mengatakan ‘dulu kita tak tahu sekarang dah memerintah baru tahu’. Walhal mereka tidak melaksanakannya kerana mereka tunduk kepada tekanan DAP dalam Pakatan Rakyat. DAP pernah menyatakan ‘langkah mayat kami dulu sekiranya hendak melaksanakan hudud’ tetapi PAS masih lagi mahu bersekongkol dengan mereka. Apakah ini yang dikatakan parti yang memperjuangkan ISLAM?.

Kami ingin menegaskan kepada doktrin-doktrin PAS ini bahawa UMNO bukan menolak untuk melaksanakan hukuman hudud dan qisas ini. Sekiranya kita mendapat sokongan majority UMNO pasti telah melaksanakannya. Apakah wajar untuk menyalahkan UMNO sedangkan mereka sendiri tidak memberikan sokongan majoriti?.

2 comments:

Azee said...

Kepala atuk depa,lihat sekarang nak hukum sebat pun kena Agong yang setuju.Bukankah Allah maha berkuasa dari segala macam makhluk dibumi ini? Kan sebat itu hukuman yang ditentu oleh Allah Taala? Apa punya turr.. puak puak ni.

Anonymous said...

Berilmu berkemahiran..cukup Islamnya..jadilah ia INSAN KAMIL.

Berilmu berkemahiran..tak cukup Islamnya..jadilah ia KERA perangainya.

Bodoh berkemahiran..cukup Islamnya..jadilah ia INSAN BERGUNA..

Bodoh tak berkemahiran..tak cukup Islamnya..jadilah ia SYAITAN berbadan MANUSIA..

Jadi PEMUDA RIMBA boleh pilih yang mana SATU dari empat kategori itu..