Akhbar China, GST dan Pelajar SBT
Oleh SYED ALI ALHABSHEE
DALAM minggu ini, saya perhatikan ada tiga isu menarik yang berlaku di depan mata kita tetapi barangkali tidak diberikan perhatian oleh sesetengah pihak.
Tiga isu pada hemat saya agak menarik ialah isu akhbar berbahasa China yang suka sangat membangkitkan cerita membabitkan pemimpin Melayu, isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Cerita akhbar berbahasa China yang suka memberi perhatian kepada beberapa isu membabitkan kepentingan Melayu sebenarnya bukan cerita baru malah sudah lama berlaku tetapi kurang diambil berat oleh kerajaan.
Baru-baru ini akhbar Sin Chew Jit Poh dalam satu artikel melaporkan bahawa masyarakat China di negara ini seumpama kaum Red Indian di Amerika Syarikat.
Motif penyiaran artkel tersebut dilihat seperti cuba melakukan provokasi dan membangkitkan kemarahan masyarakat China kepada pemerintah yakni orang Melayu.
Menerusi blog ini, saya telah menyelar penulis tersebut dan menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera termasuk dikanakan akta ISA jika ternyata artikel itu berbau hasutan.
Tetapi malangnya dan saya amat kecewa, kerajaan khususnya KDN tidak juga bertindak ke atas akhbar berkenaan sehingga ke hari ini.
Saya juga terkilan kerana tidak ada ketiga-tiga sayap UMNO dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) Melayu yang bingkas bangun, kecuali PESAKA.
Selepas itu, akhbar China Press menyiarkan pula berita perletakan jawatan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara (KPN).
Menteri KDN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Musa bagaimanapun menafikan laporan tersebut dan semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhamad Sabtu menjelaskan akan memanggil editor berkenaan untuk diambil keterangan.
Daripada persoalan salah etika akhbar berbahasa China itu, saya juga berasa hairan kenapa pula akhbar berbahasa Melayu khususunya para wartawan Melayunya terlalu sibuk untuk berikan liputan meluas kepada pemimpjn-pemimpin China.
Saya bangkitkan isu ini bukan kerana sentimen perkauman, tetapi berasa pelik kerana akhbar berbahasa China dan wartawannya tidak pula ‘mengejar’ pemimpin Melayu termasuk Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Melayu.
Jarang kita nampak akhbar berbahasa China ‘sibuk’ untuk memberi liputan meluas kepada pemimpin politik Melayu sama ada di peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen.
Keadaan terbalik ini perlu diubah dan rasanya tidak rugi jika akhbar berbahasa Melayu dan para waratawan Melayunya mulai hari ini tidak lagi memberi fokus meluas kepada pemimpin China, memadailah mereka gunakan akhbar milik bahasa mereka.
Dalam pada itu, saya juga berpendapat kerajaan perlu terlebih dahulu mendapat respon daripada rakyat sebelum dilaksanakan GST bagi mengelak timbulnya salah tanggapan dan dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
Selagi rakyat tidak faham atau tidak diberikan penerangan jelas mengenai cadangan pengenalan GST itu, kemungkinan tercetus persespi bahawa kerajaan sengaja menyusahkan kehidupan rakyat jelata.
Walaupun GST seperti juga model ekonomi baru yang dijana oleh kerajaan, tetapi selagi pemahamannya masih kabur, selagi itulah kebaikan matlamatnya akan diragui banyak pihak.
Sehubungan itu, saya berasa lega apabila Rang Undang-Undang GST yang sebelum dilaporkan akan dibentangkan di persidangan Parlimen hari ini (Isnin) telah ditangguhkan.
Dalam isu pelajar SBT sepertimana diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof. Datuk Dr Radin Umar Sohadi semalam, saya berpendapat ada sedikit kekeliruannya
Saya tertanya-tanya berhubung kebenaran memindahkan jam kredit di mana berlaku hanya pelajar dari SBT dikecualikan mengambil subjek yang sama di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kalau kelulusan dari subjeks yang sama, apa kurangnya pelajar daripada sekolah biasa? Bahkan pada hemat saya sekolah biasa lebih baik berbandfing dengan SBT yang ada ‘subsidi’ istimewanya.
Kekeliruan ini perlu ditangani secara berhemah supaya tidak menjadi isu politik yang akhirnya memberi implikasi buruk kepada kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sebenarnya, saya berpendapat tiga isu – akhbar berbahasa China, GST dan pelajar SBT jika gagal ditangani secara bijaksana oleh kerajaan, ianya sudah tentu akan dimanuipulasi oleh pembangkang sebagai sajian kempen mereka.
Kita jangan mudah lupa, isu kenaikan harga gula dan minyak pada PRU lalu telah memberi ‘pukulan maut’ kepada UMNO dan BN dan kita telah kehilangan lima negeri.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment