Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 16, 2010

NEGERI POTENSI EMAS HITAM MACAM PERAK ELOK JEMPUT VVVIP INI UNTUK FORUM

Perak pada awal tahun 2000 dikejutkan dengan penemuan gas yang berpotensi dengan galian minyak hitam atau petrolium.Tetapi kajiannya tidak diwar-warkan sepenuhnya.Mungkin teman tidak tahu perkembangan terkini.Oleh yang demikian , teman rasa elok benor dibuat satu perjumpaan dan forum berkenaan "Minyak PERA untuk siapa" ,sebelum jumpa kita biasa-biasakan dengan perjanjian Petrolium dan bior rakyat dan Pakatan Rakyat celik undang-undang dann perlembagaan.Baru seriau BN/UMNO bila rakyat semua celik undang-undang, teman raser polis pun segan dengan rakyat bila segala undang-undang dan hak rakyat diketahui setiap lapisan rakyat.
Elok benor Persatuan Blogger Perak yang kendalikan forum tersebut.

Tengku Razaleigh Tetamu Utama Persatuan Blogger Sabah

Persatuan Blogger Sabah akan mengadakan mesyuarat sebagai persediaan untuk mengadakan Forum Khas ‘MINYAK SABAH UNTUK SIAPA?’. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 19 Mac 2010 di Tingkat Satu, Hotel Deleton, Kota Kinabalu.

Sehubungan itu, Persatuan Blogger Sabah menjemput semua ahli yang tersenarai di portal sabahkini dan semua NGO yang berminat agar hadir ke mesyuarat berkenaan bermula pada jam 10 pagi.

Untuk makluman, Persatuan Blogger Sabah akan menjemput Mantan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi ‘Tetamu Utama’ dalam Forum Khas, ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’ yang dijadualkan pada 2 April 2010 di Kota Kinabalu.

Tengku Razaleigh yang dianggap punyai banyak pengalaman dalam bab perjanjian ‘minyak’ ini dijemput sebagai ‘tetamu khusus’ bagi menambahkan ceriakan lagi majlis tersebut.

Pastikan semua ahli Persatuan Blogger Sabah dan NGO yang berminat menghadiri mesyuarat Ad-Hoc untuk membincangkan beberapa perkara termasuk pengisian forum agar memberikan manfaat kepada rakyat Sabah dan Anak Negeri keseluruhannya.

No comments: