Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 12, 2010

KPN DISAMBUNG,KSN DISAMBUNG ,DAH PUPUS CALON ?

KONTRAK KSN DISAMBUNG SEHINGGA JUN 2011
DULU KPN(KETUA POLIS NEGARA) DI SAMBUNG KALI KE2 PERHIDMATANNYA, SEKARANG ....
TAN SRI Mohd Sidek Hassan dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) secara kontrak selama setahun mulai 24 Jun ini hingga 23 Jun 2011, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan hari ini.

Pelantikan semula Mohd Sidek, 58, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas kepentingan negara, kata kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya.
"Perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan terutama dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu Mohd Sidek dilantik sebagai KSN pada 3 Sept 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007 kerana mencapai umur 56 tahun pada tarikh berkenaan.
Seterusnya beliau dilantik semula secara kontrak sebagai KSN untuk tempoh dua tahun mulai 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009.
Perkhidmatan beliau kemudian dilanjutkan lagi untuk tempoh setahun mulai 24 Jun 2009 hingga 23 Jun 2010.

No comments: