Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 12, 2010

JOM TOLAK GST & BANTAH PERLAKSANAAN GST



2 Mac 2010
PERHIMPUNAN BANTAH GST DI PARLIMEN ISNIN INI

Satu perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diadakan seperti yang dirancang Isnin ini, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Perhimpunan aman itu akan diadakan selama sejam, mulai 9 pagi di sekitar kawasan jejambat Lebuh Raya Mahameru, berdekatan bangunan Parlimen, sebelum sidang baru Dewan Rakyat bermula, Isnin ini.

Dr Hatta menjangka kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat dan anggota pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang yang membantah pelaksanaan GST.

"Pukul 10 kita akan bersurai kerana semua ahli parlimen akan membahaskan perkara ini di dalam dewan selepas itu.

"Semuanya sudah bersedia, tunggu untuk berhimpun sahaja," kata Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai.

Sebelum ini, Dr Hatta (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan itu diharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang akan merasmikan perbahasan Dewan Rakyat.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Dr Hatta Ramli juga dilaporkan berkata kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin. Ia berslogankan 'Cukai yang memiskinkan rakyat, Gagalkan sebelum terlambat'.
Sebelum ini juga, terdapat juga forum-forum dianjurkan oleh NGO dan parti politik, membantah pelaksanaan cukai tersebut.
Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Dr Hatta berkata tidak ada sebarang perarakan Isnin ini.
Menurutnya, segala persediaan untuk menjayakan perhimpunan itu termasuk persiapan dari sudut keselamatan turut dititikberatkan.
Mengulas lanjut, Dr Hatta yang akan mengetuai perhimpunan tersebut menjelaskan pihaknya tidak memohon permit kerana menyifatkan ia merupakan perhimpunan aman.
Ditanya sama ada pihaknya memaklumkan perkara itu kepada polis, Dr Hatta berkata: "Kita rasa mereka sudah tahu, perkara ini bukan rahsia lagi".(malaysiakini)

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Good and services Tax(GST) bersediakah kita menghadapinya,mampukah kita tanggunginya,sana kena sini kena ketika membeli barangan atau perkhidmatan yang kita gunakan.Sebagai consumer ,pengguna dan pembeli fikir masak-masak mampukah kita mengurangkan simpanan atau tabungan diBank gara-gara untuk GST.Apa yang bakal terjadi kepada golongan miskin dan pendapatan rendah.Adakah ini untuk menggiatkan pengeluaran barangan dan meningkat perkhidmatan dalam negara atau melambakkan ekspot dengan mengurangkan harga barangan dipasaran antarabangsa.Maka sama-samalah kita berada bersama dengan Dr Hatta nanti. Maju bek