Anggota tentera maut motosikal bertembung kereta Tian Chua
Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, Jumaat malam.
Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohammad Sebot berkata kejadian pada kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika anggota tentera yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing itu dalam perjalanan ke Kota Tinggi.
Bernama melaporkan beliau berkata Tian Chua pula menuju ke Mersing selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kota Tinggi.
"Pemandu Tian Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Osman berkata sebuah motosikal lain yang datang dari arah Mersing turut melanggar motosikal Mohd Salleh.
Zaharuddin dan Tian Chua yang berada di tempat duduk belakang kereta tidak cedera, manakala seorang lagi penunggang motosikal Mohd Zairi Mansor, 29, cedera ringan, katanya. 13/3/2010
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
3 comments:
habis tu siapa yang memandu????
Patut la eksiden..xde org yg pandu!
pengundi hantu memandu....!!
Post a Comment