ADUN Damansara Utama Patah Kedua-dua Kaki Dalam Kemalangan
SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Dr. Cheah Wing Yin patah kedua-dua kaki serta jari kelingking kanan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dilanggar di Plaza Tol Batu Tiga, di sini.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt. Che Husin Omar ketika dihubungi berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, kenderaan yang dipandu Dr Cheah dari arah Klang ke Kuala Lumpur tiba-tiba rosak dan terhenti di lorong smartTAG di plaza itu.
Wakil rakyat DAP itu kemudian turun dan menuju bahagian belakang kenderaannya untuk memeriksa sebelum tiba-tiba sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda dalam haluan yang sama merempuh beliau dan kenderaannya, katanya.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pemandu pacuan empat roda itu dikatakan tidak sempat mengelak daripada merempuh Dr Cheah dan kenderaannya.
Che Husin berkata, "Akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan rosak teruk dan mengakibatkan kecederaan parah pada ADUN tersebut dan beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Sunway.
"Lelaki dalam kenderaan sebuah lagi itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka masing-masing dilaporkan memandu bersendirian".
-- BERNAMA
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/03/adun-damansara-utama-patah-kedua-dua.html#ixzz0i65564gh
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment