Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, March 13, 2010

TIADA ANGIN TAKKAN POHON BERGOYANG


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar berbahasa Cina, China Press, berikutan penyiaran laporan berita eksklusif yang menyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mengemukakan surat peletakan jawatan.

“Berita ini didapati tidak benar dan tidak disahkan betul,” kata KDN dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata akhbar China Press diminta mengemukakan penjelasan secara bertulis kepada KDN dalam tempoh tujuh hari.

Tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“Jika dalam apa-apa hasil penerbitan ada disiarkan dengan niat jahat apa-apa berita yang tidak benar, maka pencetak, penerbit, penyunting dan penulis berita itu adalah melakukan suatu kesalahan.

“Dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.”

Akhbar itu, dalam laporannya menyebut Musa akan bersara sebelum Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempat beliau akan diganti timbalannya Tan Sri Ismail Omar.

Sumber akhbar terbabit menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menerima surat itu.

Hishammuddin dan Musa hari ini menafikan laporan akhbar itu.

- Bernama

1 comment:

pak long said...

salam...
kenapa takut sangat org nak pencen...biasa la kan..dah sampai umo senja.kena la pencen...