Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 10, 2010

ZAINAL SAKOM JUARA PULUN BAJET DALAM 16 HARI !

Pengerusi YBK belanja RM513,000 ribu dalam 16 hari.Bajet diluluskan RM500,000.
Adakan rakyat Hulu Selangor patut berbangga.
SHAH ALAM, 9 Feb - Di kalangan ADUN Barisan Nasional di Selangor yang didakwa menghabiskan peruntukan RM500,000 dalam tempoh beberapa minggu sahaja sebelum pilihanraya 2008, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Datuk Zainal Abidin Sakom mungkin muncul sebagai juara.
Dokumen perbelanjaan Zainal sebagai ADUN Batang Kali sebelum pilihan raya itu menunjukkan beliau mengambil masa 16 hari sahaja untuk menghabiskan peruntukan itu, menurut laman sesawang tawanmalaysia.com.
Malah bekas ADUN BN itu berbelanja sebanyak RM513,000, melebihi bajet yang telah diperuntukkan kerajaan negeri, menurut tawanmalaysia.
Laman sesawang itu juga mempertikaikan perbelanjaan yang digunakan oleh Zainal yang juga Pengerusi YBK.
Menurut laman itu, lebih RM415,000 atau 83 peratus bajet DUN Batang Kali dihabiskan ke atas perbelanjaan yang dipercayai berkaitan dengan kepentingan Umno.
Contohnya lebih RM150,000 dibayar kepada sebuah syarikat manakala lebih 20 bayaran antara RM8,000 hingga RM9,000 setiap satu dibuat untuk tujuan “persediaan bilik gerakan”, program “mesra rakyat”, “pertubuhan NGO” dan pergerakan wanita”.
Ketika dihubungi, Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (SELCAT) telah menjalankan siasatan ke atas kesemua 54 ADUN BN semasa pentadbiran Datuk Seri Khir Toyo.
“Kini terpulang kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mengambil tindakan sekiranya mendapati sebarang elemen rasuah dan penyelewengan perbelanjaan oleh ADUN-ADUN BN berkenaan.
“Berasaskan keterangan pegawai-pegawai daerah yang bertanggungjawab meluluskan semua permohonan perbelanjaan, kita lihat ada kemungkinan wujud rasuah dan penyelewengan dana,” kata Teng.
Zainal Abidin dan YBK kini bersengketa dengan kerajaan negeri Selangor berhubung cukai tanah seluas 88.4 hektar milik yayasan itu.

No comments: