Sedih melihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang disangka akan membawa perubahan dalam perkembangan hukum Islam di Malaysia.
Rakyat sangka beliau akan menjelaskan isu sebat bagi peminum arak yang sabit kesalahan atau hukuman qazaf, rupanya beliau lebih suka membantah dari mencari keadilan dengan diperdengarkan kesalahan yang dituduh dan yang menuduh.Dengan cara Islam bukan sebarangan saksi yang dipanggil dan Islam akan menghukum pemfitnah jika tuduhan adalh tidak benar.Secara tidak langsung ,hukuman Islam dapat membendung seseorang Islam dari membuat tuduhan dan membawa ke mahkamah sewenang-wenangnya.
Menteri yang diharapkan ini macam kapal selam , bila tidak menguntungkan atau tidak menyebelahi Bn beliau akan menyelam mendiamkan diri dan bila ada kepentingan sanggup beliau melawan hukum Allah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain hari ini memfailkan bantahan awal bagi membatalkan permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Jamil Khir serta Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali memfailkan permohonan bantahan awal itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, petang tadi melalui Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment