Asalamalaikum dan salam sejahtera.
Keputusan penolakan rayuan saya oleh 5 orang hakim mahkamah persekutuan di Putrajaya pagi tadi (9 Feb 2010) telah diduga dan ramai rakyat Malaysia jua mengagakkan yang sama. Namun keputusan yang mengiyakan keputusan mahkamah rayuan terdahulu, tidak sekali menghalalkan rampasan kuasa kerajaan PR oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009. Ia juga tidak mengesahkan/ menghalalkan kerajaan BN yg diterajui oleh YB Zambry Kadir.
Apa yang jelas, hakim telah mengenepikan segala prinsip perlembagaan dan dahuluan (precedents) yang dibuat terdahulu oleh ramai hakim terulung dalam kes yang seakan2 sama sebelum ini. Kita menerima dengan terbuka hati dalam kesedihan kerana keputusan ini cukup berisiko tinggi di masa akan datang bagi negara Malaysia yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa, demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Keputusan ini cukup merbahaya kepada masa depan falsafah dan doktrin ini.
Implikasinya ialah Yg di Pertuan Agong atau Sultan berkuasa memecat dan melantik sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri atau MB tanpa ke Parlimen atau DUN. Sistem pilihanraya juga boleh tercemar. Ini yang dikhuatiri akibat keputusan tesebut.
Apapun kita tetap percaya bahawa mahkamah hanya mentafsir undang2 dan penentuan siapa kerajaan dan siapa MB mesti ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya bebas dlm pembubaran DUN. Saya merayu agar semua penyokong PR khususnya di Perak agar bertenang dan bersabar dlm menghadapi masa yang getir ini. Yakin dan percayalah bahawa pasti ada hikmah dan barakah dalam ketentuan pagi tadi. Jangan kita bertindak melulu dan liar serta membuat sesuatu provokasi. InshaAllah kita akan atur strategy bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana masih ada 2 kes di mahkamah tinggi KL dan mahkamah session Ipoh untuk menentukan status dan kedudukan 3 ekor katak yg melompat tempoh hari. Kita trus berdoa.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga dan rakyat Perak yg menyokong PR dan akan trus menyokong PR demi keadilan dan kebenaran terlaksana di Perak. Saya juga bermohon banyak kema’afan dan keampunan kepada semua jika terdahulu ada terkeluar kata2 atau perwatakan yang tidak disengajakan. Lawan tetap lawan bagi memulihkan demokrasi dan memberi semula hak kepada rakyat Perak yang mana hak tersebut telah di rampas oleh UMNO BN. Tertanya juga kadang2 bahawa masih ada tangan2 ghaib yang menghantui kebebasan hakim sehingga tergamak sedemikian rupa!!
Selamat berjuang. Hidup Rakyat.!!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
assalamuaalaikum
Anda(Nizar) telah dapat buah tangan dari keputusan Mahkamah Persekutuan dan anda telah dapat kepercayaaan majority Rakyat Perak .Teruskan perjuangan melangkah membuka topeng kebatilan kerana disana ada teriakan(rakyat Perak)kami bersamamu umpama arus deras membanjiri dataran yang mendatar.Untuk mu saudaraku Nizar sebagaimana dinyanyikan oleh Mariah Carey:
and then a hero comes along
with the stength to carry on
and you cast fear aside
and you know you can survive
when you feel like hope so is gone
look inside you and he strong
and you finally see the truth
that a hero lies in you
Lawan tetap lawan-Allahuakbar.
Post a Comment