Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, February 10, 2010
KU LI SESUAI BERI PANDANGAN KEPUTUSAN DARI ISTANA KEHAKIMAN !
PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”
Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.
“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.
Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram. END/ANR
Sumber : Perak Daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalammualaikum
Kenyataan yang dibuat Tengku Razaleigh adalah sebenarnya selaras dengan kehendak perlembagaan negeri Perak berkenaan penubuhan kerajaan negeri dan perlantikan Menteri Besar.Oleh sebab keadaan terdesak dan himpitan dari Pakatan Rakyat keatas Bn diPerak dan mabuk kuasa maka talian hayat digunakan tak kira bagaimana caranya untuk menjamin penguasaan kuasa pemerintah dan survival mereka.Walaumacammana pun senario pemilihan yang dibuat oleh rakyat Perak keatas Pakatan rakyat pada PRU12 adalah konsisten dan memandang berat keatas perubahan didalam perbahasan perlembagan negeri terutama yang menyentuh institusi raja dan dewan udangan negeri.Menjadi tak relevan yang berkaitan peruntukan yang ada atau dasar pengasingan kuasa berdasarkan keputusan Mahkamah yang terbaru ini.
Post a Comment