Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 16, 2010

TAU TAK PER ! TAPI JANGAN CAKAP JER ! NANTI DIBEDAL

KOTA KINABALU:Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
berkata “keadaan rapuh” dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang bukanlah urusan Umno. Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain hanya perlu bekerja untuk rakyat dan bukannya membangkitkan dilema yang kini dihadapi oleh pembangkang

“Adalah penting untuk kita menyampaikan… memberi khidmat terbaik kita kepada rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan kita.
“Dengan cara itu, rakyat akan tahu bahawa kita adalah kerajaan yang mengambil berat kebajikan mereka, pemimpin rakyat yang boleh dipercayai dan dapat memberi khidmat terbaik tanpa perlu memberitahu mereka bahawa pembangkang tidak boleh dipercayai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam sempena Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Cina Sabah (FCAS)di sini malam tadi.
Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, diminta mengulas mengenai tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang keluar daripada PKR Jumaat lepas.
“Jelas bahawa apa yang berlaku dalam parti itu disebabkan masalah yang membelenggu mereka.
“Ia tiada kena mengena dengan kita (Umno),” kata Shafie, sambil menambah Umno tidak pernah mempengaruhi anggota pembangkang supaya meninggalkan parti mereka.

“Setahu saya, Zahrain memutuskan untuk menjadi Anggota Parlimen Bebas di kawasan pilihan rayanya. Tiada sebarang tanda bahawa beliau akan menyertai Umno atau mana-mana parti komponen BN,” katanya. – BERNAMA

No comments: