Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 16, 2010

GUNA LIDAH TAK BERTULANG AKAN BAWA PADAH BERPANJANGAN

Kg Baru- awas lidah tak bertulang...
LAMA koi tak menulis.Sejak balik dari Mekah, Koi macam berjanji tak nak menyentuh lagi karenah2 politik dalam Kola Lumpor ni. Tapi tangan Koi gatal balik bila Koi tengok ghairahnya Menteri Lembah Pantai, Raja Nong Chik sedang nak jual Kg Baru.
Beriya-iya budak suruhan goda penduduk Kg Baru supaya menerima tawaran kerajaan dan tak cukup dgn godaan kononnya akan dapat 4 Juta sorang, dia ugut pulak akan guna undang2 untuk bangunkan tanah Kg Baru tu..Macam telunjuk lurus tapi kelingking berkait..
Koi bukan tolak pembangunan tapi janganlah ada unsur2 memeras ataupun nak menipu. Koi bimbang orang kampung baru tu menang sorak je tapi akhrinya kampung tergadai.Sejarah dah banyak ada depan mata apabila akhirnya penduduk jadi merempat di tanah sendiri. Masalah kampung Baru ni bukan baru dan tak dak orang tanya pun kenapa Dato Harun bina kampung tu di tenagh-tengah bandar Kuala Lumpur.Mesti ada sebabnya.
Atau syarikat Cina mana pulak yang Raja Nong Chik serta sekutunya berpakat untuk bangunkan kampung ini? Koi bimbang amat, sejak jadi Menteri ni Raja Nong Chik dah pandai makan gula..tabur janji-janji manis, Koi nak tanya kalaulah tanah sekitar KLCC harganya begitu tinggi, kenapa tanah kampung Baru ni dibayar dengan harga cukup rendah sedangkan status tanah itu jugak berada di tenagh-tengah bandar. Apa bezanya kedua status ini?
Koi nampak, Raja Nong Chik cuma nak tunjuk hero apabila Menteri-Menteri sebelum ni gagal pujuk penduduk Kampung Baru supaya terima tawaran kerajaan. Raja Nong Chik terpaksa cari jalan untuk popular kerana dia sendiri pun sampai hari ni tak buat apa-apa pun untuk Wilayah Persekutuan..

Sebab Koi baru mula menulis, Koi tak nak panjang lagi. kalau boleh Koi tak naklah kata lagi pada Menteri yang masuk melalui pintu jamban ni...cuma Koi nak pesan kepada orang Kampung Baru...jangan kena tipu lagi..

No comments: