Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 16, 2010

BUKAN MEMBURAN TAPI IKUT SALURAN

Tak kira samada pimpinan PKR,DAP atau PAS. Ahli PAS,PKR atau DAP sebarang masalah yang timbul cubalah diselesaikan dalam parti atau keluarga parti.Kenapa bodoh sangat ! Teman kalau ada peluang bersemuka dengan orang seperti Zulkifli Nordin atau Zaharin atau seumpamanya atau sekapal cara pemikiran pendek-akal ingin sahaja bercakap dengan mereka kenapa lupa asal kamu bertanding PRU12 dulu? Kamu lantik diri sendiri ke? atau kamu menang secara perseorangan ke? Jadi jangan dah jadi wakil rakyat dah jadi Adun atau Ahli Parlimen berlagak macam hak kamu.Kamu boleh lepas cakap apa yang kamu suka, nak keluar parti jadi bebas konon.Alasan kecewa dengan pimpinan atasan ,tak dapat tender ,dengki bila ada yang diberi pangkat lebih dari dia dan ada kecewa kerana perjuangan Islamnya tergugat dan banyak lagi yang pada teman semuanya alasan kebudakan.

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, perlu mengikut saluran yang ada dan bukannya mengkritik secara terbuka.
Pengerusinya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.
"Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku. Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke Jawatankuasa Rayuan yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Selain tidak sepatutnya berlaku, Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.

"Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah."

Jawatankuasa Disiplin, jelasnya hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan parti dan bertidak dengan asas yang kukuh. Tugas utama jawatankuasa itu, jelasnya adalah untuk melihat perjalanan parti dengan baik dan menyekat elemen-elemen yang dianggap merugikan parti yang dibuat oleh ahli.


"Kita bukan nak hukum orang, bagi kita, seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah. Bila ada kes, kita kena jatuh hukuman, biasalah kita jatuh hukuman, ada yang setuju dan tidak setuju tak boleh nak elak, memang akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita," katanya lagi.

Berhubung cadangannya agar anggota jawatankuasa disiplin bukan daripada AJK PAS Pusat, beliau berkata cadangan tersebut bukan bererti beliau mahu lari dari tanggungjawab, tetapi mahu jawatankuasa tersebut dilihat adil. Beliau turut mengakui, cadangan tersebut sukar untuk dilaksanakan dan akan memakan masa yang lama kerana melibatkan pindaan perlembagaan PAS.

"Bukan saya nak lari dari tanggungjawab, soalnya adalah Jawatankuasa Disiplin bukan sahaja hukuman adil, tapi dilihat adil, itu yang payah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli parti menumpukan kepada agenda lebih besar, iaitu gerak kerja pilihan raya berdepan Umno/BN daripada sibuk mengkritik PAS atau Pakatan Rakyat.
nota : Memburan = berak bertabur (kalau silap sila betulkan)

No comments: