Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, February 13, 2010

RAKYAT TAK FAHAM ! TOLONG TERANGKAN & RINGANKAN BEBAN RAKYAT

GST sememangnya menyusahkan dan mencemaskan rakyat dan Pakatan!Mungkin Menteri BN dan pimpinan UMNO, MCA dan MIC yang tidak gentar dengan sistem pecukaian baru bertaraf glokal ini.
Sebab itu, Badan Bertindak Anti-GST Pakatan bertegas dengan pendirian kami bahawa pengenalan GST ini mestilah didahulukan dengan memenuhi syarat-syarat berikut:


Kerajaan wajar faham bahawa negara belum benar pulih dan akan mengalami pelbagai kesan dari pengurangan peruntukan belanjawan 2010. Mutakhir, kesan kepada sekktor pendidikan dan pelbagai impak buruknya telah mula disaksikan.

Rakyat wajar beri amaran dan ingatan kepada kerajaan BN ’Apakah mereka sedar akan akibat dari potongan belanjawan 2010?
Pelbagai kesan sedang ditanggung oleh rakyat, khususnya pendidikan dan sektor awam.Ada pihak awam yang memotong sehingga keparas 20% perbelanjaan mereka. Kesemua ini akan menggigitkan dalam tahun 2010 ini. Cuepac telah mengkritik kerajaan kerana memberhentiakn 5,000 orang pekerja kontrak yang telah berkhidmat selama 10 hingga 15 tahun.
Pembongkaran & pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkenaan peningkatan harga sehingga 40 hingg 140 % amat membimbangkan semua pihak.
Ini meletakkan persoalan untuk menangani one-off inflasi akibat pengenalan GST apabila ia dilaksanakan menjadi satu bahan jenaka, kerana ada atau tidak GST, jelas inflasi tak boleh dikawal kerajaan. Tambahan kalau dengan GST yang dikenakan dengan tidak mencermati keperluan rakyat, maka akan bertambah parah lagi.
POLITIK

Sudah 13 tahun kerajaan Pusat mengalami defisit belanjawan dan telah membelon 7.4% dari KDNK pada tahun 2009, meskipun yg diramal hanya 3.6% pada pembentangan Bajet dalam tahun 2008. Kini kerajaan Pusat sangat-sangat tertekan dan tidak punya pilihan lain kecuali untuk mendapat sumber pendapatan baru.
Sikap bergantung kepada hasil minyak dan gas Petronas sudah sampai kepada paras yang parah.Petronas dkatakan menyumbang 44.6% dari hasil pendapatan negara sehingga kini.

Dua perkara dilakukan dalam bajet 2010 bagi menambah pendapatan. Pertama mengurang subsidi dan kedua mengambil pendekakan menambah pendapatan dari sistem cukai. Ini kaedah atau pendekatan Fiskal namanya .
Mentelahan kadar cukai jualan lama ialah 5% dan kadar cukai perkhidmatan lama ialah 10% dan kadar cukai GST bermula dengan 5%. Ataukah Menteri akan menggunakan ini sebagai alasan dan sebab untuk menaikkan kadar GST dalam waktu yang terdekat. Kuasa ini telah diperuntukkan dalam Rang-Undang GST ini. Menteri boleh dalam klausa rang undang-undang 10 (2, a dan b) melalui perintah yang disiarkan dalam ’Warta’ (a) menetapkan kadar cukai yang akan dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan dan (b) Mengubah atau meminda kadar cukai..

No comments: