Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, February 13, 2010

DAH TERLANJUR BIAR JUJUR, YANG BELUM JANGAN KAGUM ATAU AKUR DENGAN KES TERLANJUR


Burung dan kucing menggeleng kepala. “Itu semut telah melata ke seluruh badan si kecil anak manusia,” kata mereka.
“Mujurlah, dosa pahala tak dikirakan ke atas kita,” kata burung.
“Aku tidak boleh bayangkan, api yang manakah paling panas untuk ibubapa anak ini,” balas kucing.
“Manusia tu, kalau sudah tidak mahu berfikir dan berperasaan, sedekahkan sahaja akal tu kepada kita,” kata burung lagi,
“Betul…betul..betul..” balas kucing pula.
JANGAN HAMPIRI ZINA !
BAGI YANG BENAR_BENAR DIROGOL SERAH PADA ALLAH DENGAN BUAT LAPORAN POLIS DALAM MASA 24 JAM TANPA BERSIHKAN DIRI,JANGAN TAHAN BERAK SAMPAI 2 HARI MACAM SI SAIFUL GILA MENGAKU DILIWAT.
Assalamualaikum wbt,
Jika anda sudah benci atau tidak lagi menyayangi orang-orang dibawah jagaan atau amanah anda, jangan menyeksa atau mendera mereka. Hantar kepada kami.... insyaAllah kami sanggup memikul amanah untuk menjaganya.
Jika anda tak berupaya menghantar, kami sudi pergi mengambil. Beritahu kami dimana lokasi yang perlu kami pergi ambil.

TALIAN YPNet 24 JAM 1700 800 020
ATAU SMS KE 019-2144214

Terima kasih
-------------------------------------------------------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon :03-87332411
Fax :03-87332967


Laman web : www.nurhikmah.org.my

Yahoo Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/
--------------------------------------------------------------
AMARAN :
Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila telefon 019-2144214 (24 jam).

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Malaysia bukan negara yang terletak dibenua Eropah atau antara negara yang terletak dibumi America.Konsep sosial dan budaya kemasyarakatan dikedua tempat ini amat berbeda dengan apa yang ada di malaysia.Umpamanya Sex dan pergaulan bebas disana lebih ketara dan ada setengah negara mempunyai peruntukan undang-undang atas nama hak asasi dan kebebasan untuk menjamin suasana ini berjalan tanpa gangguan.DiMalaysia negara yang terletak di Asia iaitu di asia tenggara dari dulu lagi terkenal dengan budaya kesopanan,kehalusan dan keharmonian.Khususnya yang terdapat didalam budaya orang melayu itu sendiri.Kerana intipati budaya orang melayu ini banyak menghayati tassawur Islam dan nilai-nilai etika nya.Apa yang menarik didalam waktu yang tertentu budaya melayu Islam ini berjaya dan membenting unsur-unsur yang dikata "budaya kuning" dari menyerap masuk untuk merosak ahli-ahli masyarakatnya.Akibat dari konsep pembangunan material dan globalasi serta new order dunia yang amat mempengaruhi arus pembangunan malaysia telah membawa kesan tak seimbangan dengan perubahan yang perlu didalam budaya orang malaysia.Apatah lagi kewujudan internet dan rangkaiannya atau langit terbuka menjadi rakan berkembar didalam arus pembangunan dan kemodenan tamadun manusia diabad ini dan abad akan datang.Pendek cerita apa yang berlaku dan peningkatan kes perzinaan dan buang anak di Malaysia adalah berita yang buruk lagi menyedihkan dan memalukan.Terutama bagi pihak atau mereka yang terlibat.Lebih parah lagi usaha-usaha kerajaan terkini untuk mengatasinya ternyata gagal dan paparan dari media elektronik dan percetakkan mengenai kes berkenaan tak kunjung padam dan kadang-kadang menjadi berita utama muka hadapan akhbar tempatan.Kes anak luar nikah dan pembuangan bayi adalah berkait rapat dengan perbuatan zina yang amat ditegah dalam islam dan hukuman hudud bakal dikena keatas perlakunya .Sebagaimana Allah berfirman"dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguh zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" Al isra32 dan hadis nabi mengenainya"ambillah dari aku,sesungguhnya allah memberi jalan kepada mereka(perempuan yang beriman).Jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan dan dibuang negeri setahun,dan yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati".Kesedaran masyarakat Malaysia untuk menjauhinya perlu dipertingkatkan oleh kerajaan,NGO dan badan-badan politik (Pakatan Rakyat dan BN) dari masa kemasa.Kerana ini adalah masalah nasional dan membawa impak yang besar keatas konsep kesusilaan dan keharmornian negara.Pendekatan Islam perlulah diambil secara total dan menanam nilai-nilainya bagi membasmi kes perzinaan dan akibat-akibatnya tanpa halangan dihadapannya.Pas dan konsep Islam perlulah disokong dan kerajaan(Umno)perlulah beringan dengannya mengtengahkan Islam sebagai solution yang terbaik bagi penyakit keji ini demi kepentinagn Islam dan Ummah (rakyat Islam dan non Islam)di negara kita malaysia ini.Jika tidak bala allah akan terjadi dan sampai masanya kepada kita.Nauzubbilah, semoga tidak terjadi seperti negara Haiti baru-baru ini.